MALAM SANTAI DI UPTOWN STULANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MALAM tadi, Pak Inche ada tournament Bowling Media bersama Malakoff. Dah dalam perjalanan tu baru Sk tahu ianya anjuran Malakoff. Terus teringat Suria Amanda (SA) dan suami Puan Hazel dari Malakoff juga. 




Goodies dari Malakoff.




Dapat termos air panas. Memang berguna sebab Sk tiap hari bekalkan PI Green Tea.




Sama saiz dengan termos lama, ni pun dapat free jugak. 




Ada buku nota kecil dan pen jugak. Selain tu mereka ada sediakan pek makan malam, Nasi Ayam Penyet, Fries dan Nugget, Teh Tarik dan Kordial Oren. Sk cuma makan fries dan nugget, PI makan NAP tapi tak habis. PI tak mahu main sebab takut tergelincir sebab lututnya masih tak stabil (ACL).




Walaupun tak main, lepas habis bowling tu baru kami gerak. PI kata, masih lapar lagi tapi nak makan ringan-ringan jer. Sk terus teringat tempat ni, Sk panggil Uptown Stulang. Dulu sini lotun van jual steamboat tapi nampak sekarang lebih meriah, macam-macam street food ada. 




Lepas pusing dari hujung ke hujung, berjodoh pulak.. ternampak ada gerai menjual Sup Utara dan Laksa Utara. PI tahulah, memang pantang jumpa, dia pesan semangkuk Bihun Sup dengan Urat Keting. Lembut betul urat keting tu, banyak dan sedap juga. Yang penting ada cabai merah, barulah utara.




Sk nak makan tacos tapi malas pulak nak berpatah balik ke hujung sana semula.  Jadi, kita pesanlah makanan yang dekat depan mata aje ni ha, Banana Pancake.





Sampai melocot lidah makan pancake sebab pisangnya panas lagi. Sampai sekarang masih aku terasa, hahahahah. Tapi sedappppp!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap juga lempeng pisang tu.

    ReplyDelete
  2. Isshh..issshhh kita pun turut rasa melocot mulut makan pisang panas...hahahaa!

    ReplyDelete
  3. Wah..saya pun tertarik pancake pisang tu....
    Sup urat keting pun best tu..jarang jupa mihun sup utara urat keting

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!