MAKAN MEE UDANG RUMAH MAKANAN PAKLONG SUNGAI DUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


EPISOD bercuti ke utara lagi ni. Lepas maghrib (malam hari kedua), kami keluar untuk makan malam. Sebelum tu, petangnya, masing-masing membuat carian tempat makan best berhampiran, Sk tertarik dengan Aloha By The Beach di Pantai Bersih, tapi Pak Inche menolak mentah-mentah. Tahulah PI ni oldskul, dia tak nak terima makan dekat cafe-cafe ni lagi-lagi hidangan western atau shell out. Dia ada masa aje yang tekak dia tetiba nak makan western. Okeylah, tak nak tak apa, selamattttt duit Sk, kita nak belanja tak nak, hahaha. PI ajak makan Mee Kuah Tulang, nama tempat tu D'Piknik. Tapi, adan uke, tempat tu sendu. Tu takpa, gerai Mee Kuah Tulang tu cuti katanya. Dahlah tak dekat, 38 minit dari hotel padahal Aloha tu dekat aje. Sk buat carian di TT, jumpa pulak satu tempat ni tema klasik, tapi dalam waze tak ada, Sk masukkan alamat, bila sampai, nampak meriah, rupanya surau, ada majlis maulid, hehehe. Dahhh.. dua kali kena scam!


Dalam kena scam tu, fikir jugak, nasib baik tak kena scam dengan warung jadi-jadian. Dahlah dah malam, dan nasib baik jugak jalan kami tuju tu berpatah balik ke Butterworth dan dah masuk ke bandar. Nampak dari jauh, ada papan tanda kecil diletak tepi jalan, 'Nasi Lemak RM1.50'. Sk baca kuat-kuat, PI tanya, nak beli ke? Boleh jugak, jawab Sk. Sk beli 3 bungkus Nasi Lemak Telur Rebus, kemudian Sk buat carian lagi, medan selera berhampiran, terjumpa Medan Selera Lengkok Tenggiri. Sk ajak PI ke sana, pesan teh tarik ke apa, makan nasi lemak yang Sk beli tadi. Tapi, kalau tempat tu tak okey, kita bancuh teh kat hotel jer, kata Sk, hahaha. Sampai tempatnya, PI tak nak. Entah macam mana masa tu baru nak terlintas dalam kepala dia, Mee Udang Sungai Dua. Ya Allahhhh, kenapalah tak fikir tempat tu dari tadi??!




Rumah Makanan Paklong ni yang pertama kami jumpa sebaik sahaja melepasi persimpangan lampu isyarat di medan selera Sungai Dua. Dulu, Kak Fauziah (biras Sk) yang rajin sangat makan di Sungai Dua ni. Sk pulak pertama kali ke sini. Sk bawa turun nasi lemak tadi, sebab dah lapar giler, bolehlah buat alas perut sementara menunggu makanan utama dihidang ke meja.




Pesanan makanan dibuat di meja secara manual. Ada staf yang datang ambil pesanan. Baguslah, dah penat-penat ni kalau disuruh imbas QR Code dan nak tengok tulisan dan gambar kecik-kecik dalam handphone boleh mendatangkan stress, hahaha.




Selepas membuat pesanan, Sk terus mengeluarkan nasi lemak dari plastik. Staf yang ambil pesanan masih berdiri sambil catat pesanan kami tu terus tanya, nak pinggan? Sambil tunjuk nasi lemak yang kami bawa. Adui, baik betul adik ni, boleh jugak, jawab Sk, kita ni segan la nak susahkan orang cuci pinggan tapi memang prihatin adik ni. Tak lama dia datang bawa pinggan dua biji.




Pembuka selera ni, Nasi Lemak Daun Pisang. PI kata, lagi sebungkus dia nak makan kat hotel, hehehe.




Ini baru betul nasi lemak daun pisang.




Mintak kerang bakar setengah kilo, RM20. Kerang bakar cicah air asam, tapi tak lama, staf tadi datang bawakan sos thai. Air asam tu sedap tapi lagi sedap cicah dengan sos thai.




Makan kerang bakar. Mintak kerang bakar ni sebab tergoda tengok kat meja orang sebelah, besar-besar kerangnya.




Pesan Mee Udang (biasa) seorang sepinggan. Harganya RM16 sepinggan, ada jugak yang special, RM20 sepinggan. Mungkin yang special tu udangnya lebih banyak kot, Sk tak tanya pulak apa bezanya. Kuah mee udang dia atau udang dia ada rasa klorin sikit, tapi bolehlah nak makan lagi. Baru-baru ni, Sk tengok di TT Pakfu Seafood, salah seorang kakak yang masak, namanya Tengku Adeline, kongsi petua untuk menghilangkan bau udang ialah dengan cara merendam sekejap dengan air yang diletak gula. Sebelum masak, bilaslah air gula tu.




Makan mee berselang-seli dengan meratah kerang bakar, syok betul. Udangnya pun segar, tengkuknya kukuh lagi ya, nak kopek pun senang betul lekangnya.




Kerang segar dan yang bakar pun pandai, memang ngam ngam ho!




Oh, masa kami dalam perjalanan ke Sungai Dua tu, hujan mula turun. Nasib baik masa hujan lebat tu kami dah masuk dalam kedai makan. 




Dekat sini, kawasan parkir luas ya, tak payah parking tepi jalan. Parkir ni khas untuk pelanggan Paklong aje. Pelanggan Pak Ngah, Pak Uda, Pak Itam, Pak Usu, pandai-pandailah cari parking lain, hehehe.




Semua sekali RM54.50. 




Hujan... turun semula.. malam tu hujan lebat melanda, memang awal-awal dah off air-cond, kami tak tahan sejukkkk, kulit nipissss, hahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mee udang tu sedap tak..kerang tu nampak masak sempurna tu..pandai orang tu bakar

    ReplyDelete
  2. Sungai dua ini berarti dekat USM ya kak? Rindu kat Penang, padahal july lalu dari sana 🤣🤣.

    Mee udang memang sedap. Dulu saya makan di batu feringhi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!