Assalamualaikum WBT
MINGGU lepas, puaslah Sk ber-me time di rumah. PI bertugas di Karnival Jom Heboh dan Hari Nanas Malaysia, penganjuran bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Media Prima selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad di Padang Akasia Plaza Angsana.
Iman pun tak balik, tu tak pa, dengan dia-dia sekali bertugas semasa Karnival Jom Heboh. Iman dan beberapa rakan dari Kelab Studio UTM dipanggil untuk membuat suntingan video karnival tersebut. Duduk pulak di booth Tonton TV3, memang artis lalu-lalang la depan mata. Ni kalau orang tengok bapak dan anak bertugas sekali mesti ingat kroni tapi PI memang tak tahu menahu sampailah diberitahu Iman.
Hari Jumaat kelmarin, Sk order durian online. Durian dari Pagoh (Muar), penjualnya dari Pekan Nanas dan caj penghantaran ke rumah Sk dikenakan RM7. Harga durian asalnya RM12 sebiji tapi penjual kira 12 biji, RM100 sebab ada durian yang kecik tak sama saiz. Lepas tu, PI pulak demam selsema. Tak jadilah makan durian sama-sama. Ni Sk dah siap kopek semua dan isinya simpan dalam esbox. Sebabnya, dengan Sk pun dah selsema sekali, huhuhu.
Punyalah panjang ek intronya sebelum kita masuk ke tajuk sebenar, ampunnn.. hahaha. Ni semalam, PI ajak makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Hantu Air Asam. Restoran ni baru beberapa bulan beroperasi di Taman Setia Tropika.
Dorang bakar pelbagai jenis ikan di hadapan restoran. Ada ikan keli, bawal emas, cencaru dan siakap serta ayam. Cuma yang tak nampak, sotong. Tak tahulah memang tak jual sotong bakar atau tak ada stok.
Cekap pekerja ini membakar. Ni bakar guna arang ya, bukan panggang atas kuali leper guna api gas tapi claim ikan bakar.
Pelanggan perlu beratur dahulu, staf yang akan carikan meja. Bagus sistem ni, tak perlu nak berebut, tunggu sahaja giliran, first come first serve.
Tengah-tengah beratur tu, masa ni kami dah paling depan. PI tanyalah dengan pekerja yang tengah bakar ikan tu, "tu ikan siakap ke?". Pekerja tu menjawab ya sambil mengangguk, lepas tu terus ambil ikan siakap yang dah siap bakar tu, curah air asam dan berikan pada kami. Nasib baiklah tak lama lepas tu terus dapat meja.
Dapat jer meja, kami berpecah la pilih lauk. PI ambil udang bakar dan ulam-ulam.
Sk tak kira, kali ni mesti nak jugak ikan patin masak tempoyak. Dipaparkan harga ikan ni, bahagian ekor RM12, kepala RM10 tak silap. Murah la berbanding di Restoran Anjung Selatan cuma dekat sini, lauk-pauk tu dorang tak letak atas bain marie warmer, jadinya lauk-pauk tu tak panas. Kalau kat Anjung Selatan, dia ceduk panas-panas dari periuk. Tu sebab kot harga kat sana mahal sikit.
Udang Bakar Sambal ni ada 6 ekor. Sedap sambalnya tu. Sk rasa yang ni dia panggang udang atas kuali leper.
Ulam-ulaman dia banyak jenis ya. Banyak sangat pilihan, siapa yang suka makan ulam tu mesti rambang mata nak pilih. Selain ulam, sayuran kampung pun banyak pilihan. Masak lemak pulak tuuuu.
Kerabu Mangga ni memang kegemaran kami la. Ada staf datang ambil pesanan minuman dan kira harga makanan di meja, tak perlu berangkut di kaunter juruwang. Staf tu terus masukkan nama makanan yang kami ambil dalam sistem dan kemudian sebut semula lauk-pauk, jumlah nasi dan minuman yang kami ambil.
Jarang la Sk jumpa restoran nasi campur bagi resit lengkap macam ni. Pada mulanya macam cuak jugaklah bila dia sebut terung dua, tomato ceri dua. Aaa.. sebiji-sebiji dia sebut ni, berapalah kena, fikir Sk. Bila tengok resit, oh, harga berpatutan dan yang penting telus. Siakap tu, kalau dekat kedai tomyam pun dah dekat RM40, ya, kat sini baru RM18.
Balik tu, kami singgah Econsave Kangkar Pulai beli barang dapur. Sk sekarang suka pergi econsave situ, moden dan selesa, yang penting ada beg plastik walaupun hari Sabtu. Lepas belanja, PI ajak pulak minum cendol di Flat Bandar Baru Kangkar Pulai. Sebelum kami tinggal rumah sekarang, lima tahun jugaklah kami tinggal kat sini.
Tak padan dengan selsema dan demam, boleh pulak menyendol ya. Cuma tempat ni macam panas sikit (banyak sebenarnya) sebab mengadap matahari petang.
Pesan Rojak Petis jugak sepinggan.
Malam tu dinner goreng pisang jer. Ni pisang nipah beli dekat econsave., sesisir, RM6.36 sahaja. Puaslah makan goreng pisang, kalau beli RM3 sekarang dapat 6 keping aje kan. Tu takpa, tepung pisang tu kadang tak melekat dekat pisang, ada pulak yang terlalu crispy dan ada pulak yang macam jemput-jemput, hihi. Lepas tu, dia punya sambal kicap ada yang cair, ada yang macam guna sos tiram. Yassalammm.
Berbaloi sangatlah harga makan di restoran ikan bakar hantu ti SK. Lauk pauknya bersusun, menggoda selera.
ReplyDeleteWah, untunglah Iman dapat jumpa retis. Nampak macam Liza Abdullah tu.
Waaaa okkayy next week boleh laa pergi! Hantu Asam Lin Kakkk hehehehee
ReplyDeleteAir asam dia sedap tak, SK? Nama kedai dah hantu air asam. Sedap, selera makan lauk bakar-bakar ni. Alamak, patin tempoyak pun ada.
ReplyDeleteBest Iman, dapat jumpa artis.
Wah, beli durian.
Semoga sudah baik demam SK dan pak inciknya.
Betul... yang kuali leper tu bukan bakar!
ReplyDeletenampak macam sedap tu
ReplyDeletePH baru lega selsema, batuk ada sikit² lagi...
ReplyDeleteTerung purple kecik tu PH suka yang rebus. Yg mentah gini tak pandai makan...
Sebelum tengok resit tu tadi ingatkan mahal. Udang la, patin la, siakap lagi. Rupanya berpatutan juga tu.
ReplyDeleteKita kalau masuk sini kan..x pernah x terliur...siap tunjunk suami..suami jeling je..list JJCM dah panjang..balik JB balik hari je..camno kan nak check out dari wishlist...pas tu x sedar2 tu baju kurung size M dada 40 pun dh x muat...la ni kena pakai size L dada 42 dh...sabar jer la...
ReplyDelete