Assalamualaikum WBT
HARI Ahad, 6 Julai, satu hari ya duduk kat rumah, tak ke mana-mana. Sekarang ni, kalau betul-betul ada hal, barulah keluar, itupun kalau boleh keluar pagi aje. Petang, janganlah keluar, memang sangkut la dalam kesesakan lalu-lintas. Kalau teringin sangat nak pergi mall, bertabah ajelah. Baca kat threads, ramai yang merungut cakap jammed sana-sini padahal sendiri yang merungut tu pun punca jugak, hahahaha.
Pagi tu, Sk buat sandwich sardin, tengahari dan malam, makan nasi ayam. Macam biasalah, nasi ayam hainan kegemaran PI. Kalau makan, tak henti mulut dia memuji, rasa kembang bontot bini, hahaha.
Konon-konon nak guna kekdah 5:30:7 rebus ayan ni. Lambatttttttt! Baik rebus dalam pressure cooker macam selalu.
Lepas rebus ayam, perap dengan bahan berikut iaitu:
4 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
2 sudu minyak bijan
2 sudu madu
Kacau rata dalam mangkuk kemudian tuang atas ayam, ketepikan.
Sementara merebus ayam tu, Sk sediakan salad, timun dan tomato.
Serta buat sos cili untuk nasi ayam. Sos ni memang kena buat banyak, tak payah bercatu-catu masa makan. Untuk sos ni kita guna lada hidup. Pengetahuan Sk masa belajar masak dengan arwah ibu dulu, lada hidup tu merujuk kepada lada segar atau lada besar. Kalau cili tu, maksudnya cili api atau cili padi. Samalah, macam beza sudu dengan camca. Sudu tu, sudu makan, camca tu, sudu kecil atau sudu teh.
Sos Cili Nasi Ayam
11 tangkai lada merah
1/2" halia
5 ulas bawang putih
3 tbs gula pasir
Garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
1 tbs cuka
100 ml air (1/2 cawan)
Kisar lada, halia dan bawang putih hingga lumat, kemudian didihkan atas api bersama air. Selepas mendidih, masukkan gula, garam, jus limau dan cuka. Biar mendidih lagi sekali, tutup api.
Ayam tadi keluarkan dan potong. Baki kicap dalam mangkuk tu la jadi kicap nasi ayam.
Air rebusan ayam tu, didihkan semula, letak garam secukupnya, daun sup dan daun bawang.
Nampak simple jer masak nasi ayam tapi lambat sebab nak kena dapatkan air rebusan ayam tu untuk masak nasi. Boleh jugak kalau nak guna stok ayam atau perencah nasi ayam ready made yang ada dijual di kedai tapi Sk lagi suka guna air rebusan ayam.
Puas hati la masak sendiri, boleh makan salad, timun dan tomato banyak, boleh letak sos banyak, sampai bertambah-tambah nasi dan ayam, tak ada siapa nak larang, hehehe. Tapi tu laaa, penatttt, huhuhu.
sedap tu..fav nasi ayam..aritu pn masak juga tp versi mcm ayam hainan ni tk pernh try
ReplyDeletenak ambik resepi ayam sk , ayam tu masuk microwave sahaja ke?
ReplyDeleteAyam tu lepas rebus, toskan, kemudian perap dengan bahan kicap ayam tu jer.
DeleteYummy!
ReplyDeleteTengok rupa pun dah terasa-rasa sedapnya Sk!
ReplyDeleteNampak simple je nasi ayam, tapi renyah jugak kerjanya. Sk rajin semua buat sendiri 👍🏽. Saya kalau sos cilinya tu beli siap je sebab nak kurangkan kerja.
Di Perlis ni camca merujuk kepada sudu biasa. Kita dah biasa camca tu sudu teh, jadi keliru jugaklah bila orang mintak camca 😄
Samalah, hujung minggu duduk rumah je. Tak sihat. Hahaha..kann..kalau kita keluar pun punca sesak juga tu. Wah, kemain memuji ek. Siapa lagi nak memuji kalau bukan suami sendiri. Kita tengok pun tahu sedap. Orang dulu-dulu memang panggil lada. Sekarang je macam moden, cili. Betul -betul, buat banyak makan tak payah bercatu. Ini kang kena bajet-bajet sos dengan ayam.
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam. Thanks for sharing resepi nya.
ReplyDeletePuas dapat makan nasi ayam kalau buat sendiri. Sayur pun boleh letak timun, salad, tomato. Sup pun boleh letak macam2.
ReplyDelete