Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, baru lepas cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga selepas makan tengahari. Orang lain makan tengahari lepas zuhur kita makan tengahari lepas asar. Itupun cuma masak nasi dan panaskan lauk-pauk kelmari iaitu Kari Daging semangkuk kecik, Asam Pedas Ayam 4 ketul dan sup ceker serta leher ayam dari lebihan masak nasi ayam tuari. Pagi tadi kami bersarapan di Ashoka Curry House, ingat nak makan apom tapi dah habis. Jadi, PI makan tosei dan roti canai, Sk makan puri. Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, PI nak beli Australian Beef Striploin, ada promosi, RM79.99 sekilogram. Tak silap harga asal RM1xx, tak ingat.
Cili giling habis, balik kerja Sk terus rebus cili kering dan kopek bawang, blend dan lebur dalam minyak panas. Sambil masak sambal atas kuali, Sk cuci beras dan tenggek dalam rice cooker.
Dah nak makan, barulah goreng ikan bilis mata biru ni. Kami tak pernah beli ikan bilis jenis ni, tu la PI teruja lagi-lagi bila tahu ianya ikan bilis dari Sabah. Sedap ikan bilis ni, tak masin sangat.
Timun lebih dari masak nasi ayam ada separuh batang lagi, habiskan.
Telur lenggang dari 3 biji telur ayam. Malas nak potong kecik, hidang aje sekeping-sekeping besar. Tapi tu la, kacang tanah tak ada, hehehe.
Esoknya bawa bekal sarapan dan tambah sebiji telur rebus. Ikan bilis tertimbus bawah telur dadar, hehe. Burppp.. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Ikan bilis mata biru sudah jadi peneman nasi lemak.
ReplyDeleteHari ini kita pun makan nasi lemak juga tapi di kedai makan.
Telur rebus jugak, telur lenggang jugak, mantappp... ahahaha
ReplyDeletePatutlah lambat makan tengahari, dah kenyang makan sarapan rupanya. Tudiaa nasi lemak yang menggoda sudah tiba. Dah selamat merasmikan ikan bilis mata biru ye. Saya je belum merasmikan lagi. Nak masak nasi lemak juga goreng ikan bilis macam ni.
ReplyDeleteBelum rasmikan lagi ikan bilis kak amie bagi. Sedap ikan bilis tu goreng garing.
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDelete