JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI & SARAPAN DI KOPITIAM KOPPI ROTTI @ TEMERLOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


HARI terakhir di Temerloh, pada mulanya bincang dengan PI sama ada nak keluar pergi ke Pekan Sehari awal pagi, kemudian balik hotel, check out tengahari atau keluar lewat pagi dan terus check out, kemudian baru pergi Pekan Sehari. Tapi, lepas fikir-fikir balik, Pekan Sehari tu bukannya tutup pukul 10 pagi. Kakak yang berjualan di Pasar Pagi Seri Ketumbit tu bagitahu, pukul 1 baru habis. Jadi, Sk cakap PI, tak nak terkejar-kejarlah. Kita keluar pukul 9 aje terus check out. Cuma mungkin akan ada masalah parking aje la. Satu lagi, mungkin tak dapat kuih tiga beradik tu, tapi tak apa, sebab dah dapat rasa yang dua beradiknya masa Sarapan di Warung Dapur Saya, hehehehe.



Memang betul, pun. Dua kali pusing tak ada parking ya. Kat tepi-tepi jalan semua penuh. Jadinya, kami tukar plan, pergi sarapan dulu di Kafe Koppi Rotti Bread yang terletak di Taman Bukit Angin. Sistem pesanan di sini seperti di kebanyakan kopitiam, tulis kod nombor makanan dan minuman pada kertas pesanan yang diletak di atas meja.


Mengopi la kita, wak. Sk pilih Kopi O, ia datang bersama dua keping biskut cream crackers. Biskut yang ni tak berminyak macam biskut hup seng tu. Ni biskut kegemaran arwah abah. Biskut ni jenis yang tak mudah lembik bila kita rendam dalam air.


Roti bakar pesan dua set dan ada telur separuh masak jugak untuk PI. Telur tu dia hantar dalam besi stainless steel, dah boleh pecahkan  terus. 


Roti bakar pun ada pelbagai pilihan butter. PI punya tu butter potong, Sk punya soft butter, tengok tu punyalah tebal. Seronok makan benda lemak-lemak ni, hahaha.


Tak ada rezeki nak sarapan dekat Pekan Sehari tapi not bad jugaklah sarapan dekat kopitiam yang berhawa dingin. (Ayat nak sedapkan hati kecewa tak dapat sarapan kat Pekan Sehari, hihihi)


Tapi, betul tau. Tak menyesal la sarapan kat sini.


Walaupun selalu menaikkan darah, tapi kita tetap cool. Agaknya, kita pun selalu naikkan darah dia jugak tapi dia tetap sabar jugak, hahaha. Lepas habis makan, kami pun gerak semula ke Pekan Sehari. 



Kali ni terus dapat parking ya. 


Kami masuk ikut stesen minyak Petronas ni. Agaknya stesen ni tutup kot setiap hari ahad. Sk tak tengok pulak betul-betul tutup ke buka. Tapi, dah macam ni, macam mana pelanggan nak datang isi minyak, kan.


Tak boleh laaa, setiap kali tengok kulat ni mesti teringat drama yang adik-beradik meninggal makan kulat sisir ni.


Tak tahulah yang mana pelencong yang mana penduduk tempatan.


Tertarik tengok mereka buat putu mayam ni. Nak beli tapi tak tahu bila nak makannya, kenyang makan roti letak butter selori, hihi.


Ikan salai, ikan bilis dan keropok-keropok. Semua ada tanda harga siap, senang tinggal pilih jer nak yang mana.


Hasil sungai.


Cik Ani cakap, tilapia dia sedap. Sk kalau dekat nak aje beli bawa balik Johor tapi tak boleh la, sebab PI ajak menyinggah ke suatu tempat.


Bahagian ni macam berbukit sikit, jadi kita turun bukitlah ni. Di sebelah kiri, Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia. Pekan Sehari ni dekat tebing sungai la.


Gula kabung ni RM13 ada dua keping dalam satu bungkus tu. Ada yang jual RM15. Yang RM13 ni kena cari kakak yang putih cantik tinggi meniaga dengan anak perempuan dia di tebing sungai. Kalau dari Petronas tadi, belok kanan ya. Yang kuning tu ikan pekasam tapi dia tak letak beras hancur, letak kunyit. Sk dah jumpa kakak ni meniaga dekat pasar pagi Seri Ketumbit tu, dia la yang bagitahu tutup pukul 1. Tak sangka jumpa lagi kat sini. Lepas tu dia bagi percuma ikan pekasam sebungkus. 


Ikan Krai ni RM75 sekilo. Siap jual pucuk ubi dan bunga kantan ya sini, senang saru kedai terus nak beli barang masak.


Tempoyak pun ada pelbagai. Ada tempoyak kosong, ada tempoyak sambal dan ada tempoyak khas buat masak pais. Kalau yang mana duduk jauh-jauh tu, boleh la beli yang jenis  bertutup skru warna merah tu, selamat sikit.



Semua barang yang orang kirim dah beli tapi tak jumpa-jumpa gerai yang jual anak patung Iman nak tu. Sk tanya dengan kakak tempoyak, nasib la ada ambil video kat Seri Ketumbit tu, kan. Kakak tu pun cakap kena jalan depan sikit lagi, ambil yang ke kiri. PI dah nak pancit dah, padahal dialah raja segala raja, kan. Pasar tani la, pasar malam la, Pasar Ramadhan la. Tiba Pekan Sehari ni boleh angkat bendera putih pulak, hahaha.



Tak sampai hati pulak la kalau tak belikan anak patung tu. Dulu masa kecik-kecik, ada jugak yang macam ni beli dekat Padang Besar. Lagi tinggi dan panjang patungnya. Dah koyak-koyak, buang la. Ni boleh pulak dia hantar gambar dah gantung dekat beg, sabar aje la.. nasib tak ada yang besar lagi dari ni, hahahah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah agak..mesti PI surrender...SA hari tu semua tu teroka dna patah balik baru beli barang...hehehehe....ni ada dengar2 yang PZ ajak pergi lagi...alaaaaa......

    ReplyDelete
  2. Dilema sungguh kan. Ada hikmahnya juga. Dapat makan sedap di kopitiam ni.

    hihi..begitulah suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit.

    Boleh pulak tutup PETRONAS tu ye sebab pasar ni. Tapi yelah kan, macamana pulak orang nak masuk kalau dah ramai macam ni. Eloklah ditutup. Jimat tenaga pekerja.

    Datang sini semua rasa nak dibeli. Tapi kalau beli itu ini, jadi banyak siapa pulak nak makan nanti.

    Pak Inche' saja bagi alasan tu. Cuba kalau ada benda dia nak cari. Mesti gigih berjalan. Ya ampunnn Iman, patung besar gitu dia buat macam keychain ye. Lain macam betul.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!