Assalamualaikum WBT
DARI Temerloh, kami tidak terus pulang ke Johor sebaliknya menuju ke Seremban. Macam biasalah, ikut jalan kampung baru tak ngantuk, kata PI. Tapi sudahnya, kita jugak yang kena bersengkang mata, haru betul!
Berhenti makan tengahari yang tak berapa nak tengahari dah. Tak ingat apa nama kedai ni tapi tak jauh dari Istana Menanti. Lauk pun dah tinggal koret-koret tapi lauk yang PI boleh masuk, ada, kira okey la. Paling best Sk dapat tu lauk Itik Salai Masak Lemak Cili Api.
Untuk dua pinggan nasi tu termasuk dua gelas limau ais, RM21. Tengah-tengah makan tu nampak pekedai dah mula mengemas. Kami pun tak menunggu lama, lepas makan, habiskan air terus menghala ke hotel yang PI tempah semasa di Temerloh melalui panggilan telefon. Old skul kan, hihi. Sebabnya nak kena dapatkan government rate, kenalah telefon terus ke hotel. Tapi, kadang-,kadang jika harga di platform lebih murah, staf hotel akan minta kami buat tempahan dalam platform seperti agoda atau booking.com. Ada juga hotel yang tiada government rate.
Sebaik masuk ke ruang lobi Royale Chulan Seremban, tanjat tengok empat barisan panjang tetamu sedang daftar masuk. Cuti sekolah, kan.
Kali kedua dah menginap di RCS ni. Rangkaian hotel RC antara hotel favourite kami. Taip jer Royale Chulan di ruangan carian di side bar, jika nak baca sejarah penginapan kami di RC.
Executive Double Bed Room ni kami dapat harga RM260/night (gov rate) termasuk sarapan untuk dua orang. Bilik kami kali ni di aras 9.
Bilik di RCS ni lebih luas dari bilik di RC The Curve. Dekat sana katil dia saiz permaisuri jer, sini saiz raja. Kalau ambil extra bed pun masih selesa lagi la nak letak dalam bilik.
Perabot kayu diterapkan ke dalam bilik termasuklah almari berpintu.
Lengkap dengan peti keselamatan, sejadah, seterika dan papan penggosok.
Sampai hotel wajiblah bancuh Teh O Panas untuk tuan penaja, hahaha.
Kelengkapan mandian dan kebersihan diri pun lengkap.
Hiasan sempena menyambut hari kemerdekaan memeriahkan ruang restoran ketika bersarapan esoknya. Ramai tetamu, mujurlah kami turun awal terus dapat meja walaupun tak dekat sangat dengan buffet line.
Kali ni Sk tak rasa nak makan western breakfast. Ambil mihun goreng dan nasi goreng, wedges dan sosej dulu.
Nampak ada tetamu pegang pinggan berisi nasi berwarna biru. Sk sangkakan nasi kerabu, rupanya nasi lemak. Kesian PI, dia mana la makan nasi lemak warna lain kecuali kuning dia masih boleh terima lagi, hihi.
Masa Sk cari nasi biru yang Sk sangka nasi kerabu tu, kan.. jumpa pulak nasi dagang. Sedap sangat nasi dagang dengan gulai ikan tongkol tu. Selepas sarapan, Sk memuji keenakan nasi dagang tersebut kepada staf yang mengambil pinggan dari meja kami, menurut staf tersebut, chef yang menyediakan nasi dagang tu berasal dari Terengganu. Oh, patutlah sedap, terasa dimasak dengan penuh kasih-sayang.
Lempeng pisang dan sambal sardin. Bunyinya pelik tapi sedap pulak bila lempeng pisang dimakan bersama sambal sardin tu. Bila bancuhan lempeng pisang habis, mereka buat lempeng biasa pulak.
Dekat label tulis ubi tapi bila buka periuk isinya keledek. Kata PI, betullah tu, ubi. Ahhh, kita Johorean kalau ubi tu maknanya ubi kayu, kalau keledek, kita sebut keledek, hihi.
Aaa.. ni la nasi lemak biru. Sk tak cuba pulak nasi lemaknya tapi nampak ramai yang ambil.
Ada dua buah mesin kopi disediakan tapi beratur lama. Sebabnya, satu mesin ok, nanti satu mesin bermasalah. Bila dah selesaikan masalah mesin tu, mesin lagi satu pulak bermasalah, hahaha. Masalahnya lagi, setiap satu bancuhan kopi dapat setengah cawan aje jadi masing-masing set dua kali untuk penuhkan cawan. Tapi, ada aje disediakan teh o, teh tarik dan kopi dalam dispenser lain, cuma tu la, kita nak minum latte dan cappuccino kenalah ambil di mesin kopi.
Kuih talam tu sedap, pastries pun sedap. Sk panaskan sekejap dalam ketuhar kecik yang disediakan di kaunter roti. Lepas makan, kami naik semula ke bilik. Memandangkan esok tu masih cuti lagi, jadi tak perlu terkejar-,kejar nak balik. PI pulak nak ajak makan di Restoran Jayamas, jadi kena tunggu tengahari la baru check out, bagi lapar sikit.
Nak sangat PI makan Hainan Chicken Chop di Restoran Jayamas ni. Dia memang jenis tak makan banyak masa sarapan, kan, jadi, bolehlah masuk chicken chop ni. Sk mampu minum air jer la sambil tolong makan carrot tu. Banyak betul la diorang letak bawang dalam ni, dah satu hal kena pilih bawang pulak tolak tepi. Restoran Jayamas ni konsep dia samalah macam restoran Hainan kat Rembau (tak silap) tu kan. Kalau di Johor (JB) kita ada It Roo dan Hwa Mui.
Burppp.. Alhamdulillah.
Lauk koret-koret pun tapi sedap, dah cukup memuaskan.
ReplyDeleteYelah kan…kita panggil ubi kayu tu ubi. Memang tersalah sangkalah jadinya 😂
Nasi lemak biru? Buat inovasi agaknya ya. Tapi tak syoklah gitu, macam hilang identiti pulak ek.
Laaa....sampai Seremban dah dia...hehehehe...ingat pi makan kat Kari Kepala Ikan tu...SA sampai sekarang x cuba- cuba lagi...RCS ni SA suka buffet high tea dia..
ReplyDeletebyk barisan nk check in tu musim cuti sekolah....pernah stay yg under royale chulan dkt damansara time tu ada event so urusetia dpt bilik 1 malam
ReplyDeleteLama tak dengor ayat koret - koret. Haah kan kalau ubi mesti ingat ubi kayu tapi keledek memang species ubi tapi tetap kenal keledek. Bila kata ubi emm kite dah krik2 hehehehe Belum lagi keluar istilah orang johor punya percakapan.
ReplyDeletesaya pun jika ke mana-mana suka ikut jalan kampung, tengok pokok2 rumah penduduk.. melainkan keadaan yang tidak mengizinkan terpaksalah lalu h/way..
ReplyDeleteSemua nampak sedap lauk buffet dekat hotel royale chulan seremban.
ReplyDelete