MUCHKIN DONUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

PETANG Sabtu hampir melabuh tirai dan saya nak tunjuklah donut-donut comel yang saya buat ala-ala muchkin donut yang pelbagai perisa di Dunkin 'Donut tu.

Sesajalah buat nak 'test power'... haha.. pasal inilah pertama kali saya buat donut. Masa kecil-kecil dulu adalah tengok ibu buat tapi tak pernah ambil tahu, tahunya nak makan jer. Jadi disebabkan Yaya suka sangat muchkin donut tu saya pun tanya-tanyalah dengan member dan walaupun dia tak memberi resepi secara 'detail' kerana diapun selalu tengok maknya buat, jadi berkali-kali jugalah saya merisik sukatan, tapi sampai la ni, maknya dok kata.. "Ala... kau letaklah banyak ni, yang tu banyak ni.. haha.."

Jadi saya bulatkan hati, agak-agak jerlah. Tapi ada satu rahsia... 'Syhhhhhh... cemanalah rupanya yis tu kat kedai ya, letaknya kat mana??? '

Kalau instant yis tu saya tahulah. Masalahnya mak kawan tu guna yis tradisional. Bila tanya nyonya kedai tu pulak, dia kata, ada dalam 'ice-box'... waaaaa... Nasib baiklah uncle kedai tu tolong ambilkan, kalau tak memang malu sehhh tak kenal yis.

Hik.. hik... melampaukan.... tapi resepi muchkin saya menjadi, maklumlah, bakat memasak tu memang dah semulajadi kan... hik.. hikk... Dapatlah Yaya menjamu kawan-kawan sepermainannya tadi, dapat lebih 50 biji jugak tu dan semuanya telah selamat masuk ke perut.. Alhamdulillah..

Bahan-bahannya:
Yis selebar dua jari
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu uht @ 2 sb susu tepung
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Larutkan yis dengan sedikit air dan garam.
2. Masukkan tepung dan susu tepung (jika guna susu tepung) dalam mangkuk besar dan masukkan larutan yis dan garam tadi. Gaul dengan hujung jari.
3. Jika guna susu uht, masukkan susu uht, gaul lagi dengan hujung jari. Tambahkan air sedikit-sedikit sambil terus menggaul. Hentikan menambah air jika adunan sudah menjadi seperti adunan jemput-jemput @ cekodok. Jangan terlalu cair. Picit-picit dengan hujung jari adunan yang agak berketul sehingga semuanya sebati.
4. Simpan adunan selama 1 jam. Selepas 1 jam, bentukkan adunan kecil-kecil dengan hujung sudu (boleh juga dijemput dengan jari) dan gorengkan dalam minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan.
5. Taburkan gula icing sebelum menghidang atau mengikut citarasa anda.

P/S: Saya ni penakut sikit dengan minyak panas, maka pada mula tu terhasil jugaklah pelbagai bentuk, bulat, lonjong, segiempat, segitiga... hehe.. tapi lama-lama dah cantik sikit bentuknya, tapi bentuk yang cantik tu selalunya lebih memikat untuk masuk ke perut dulukan... hik.. hik..
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam yus...alahai, tomei2 nyer donut tuh...akak nk tnya klu guna yis serbuk bleh x? berapa lak sukatannya? mcm nk try jer..

    ReplyDelete
  2. donat comei2 ni sekejap je habis, sekali nganga sumbat 2 biji, he..he..seronok juga makan cam tu..

    ReplyDelete
  3. Datin, boley jer kalu sudi nak amek.. hik2

    Kak Ayu, taktahulah kak sukatannya mcmn, sapa pakar donut, mgkin bleh tlg jwbkan..

    Mas, seronok memang, tak pyh beli ke DD lagi..

    ReplyDelete
  4. Sari ...amal alal sila sgt makan donut...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!