MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, May 11, 2010

PARI BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT PAGI... sarapan apa hari ini? Saya pagi-pagi lagi dah makan nasi malam tadi (panaskan dulu)dengan lemak cili padi. Rasa panas jer perut ni. Hasil tindakbalas cili padi dengan losyen limau nipis. Haha...

Mesti ramai yang suka makan nasi semalam pagi-pagi hari kan? Lagi-lagi kalau yang duduk rumah tu, maklumlah.. nasi semalam ada, lauk semalam pun ada, sayangnya... jadi pagi-pagi morning dah mengadap. Tapi apapun nasi kena panaskan dulu. Saya pernah dengar Chef Ismail yang fofular tu cakap, nasi semalam yang sejuk boleh mengakibatkan sakit-sakit tulang dan sendi, jadi jangan amalkan makan nasi sejuk ya.

Baiklah suka menceceh kan... ni nak kongsikan resepi ibu hari ini, 'PARI BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI'. Resepi hari ini lain sikit sebab kalau dua hari lepas, kedua-dua masakan dimasak ibu, yang ini saya yang masak. Tapi resepi ni belajar dengan ibunda tercintalah. Mesti ramai yang tahu kan lagi-lagi kalau yang belah-belah Negeri Sembilan tu dan mesti macam-macam juga tambahan macam tomato, belimbing buluh dan sebagainya dalam lauk ni. Tapi saya guna apa yang ada sahaja, jom... layanzzzzzzzzz!



Bahan-bahan :
4 ~ 5 keping ikan pari yang dah dipotong
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1/2" kunyit hidup *(saya ganti dengan 1st serbuk kunyit)
15 tangkai cili padi* (boleh tambah kalau suka pedas)
1 batang serai (diketuk dan disimpul)
1 1/2 cawan santan (saya guna 1/2 kotak santan kotak M&S + 1 1/4 cawan air)
1 senduk santan pekat (saya guna santan kotak M&S)
Daun pisang secukupnya untuk membungkus ikan (daun pisang tiada stok, saya guna aluminium foil)
garam secukup rasa
1 keping asam gelugor

Cara-caranya:
1. Ikan yang telah dibersihkan diasam garam supaya tidak hanyir, biarkan seketika. Kemudian bilas hingga bersih. Bungkuskan ikan dengan daun pisang. Jika guna aluminium foil sapu sedikit dengan marjerin atau minyak supaya tidak melekat. Letakkan di dalam kuali. Masak sehingga ikan separuh masak, balikkan bungkusan sekali sekala supaya rata masaknya.
2. Sementara itu tumbuk semua bahan bertanda * hingga lumat. Boleh juga kalau hendak dikisar, tapi saya lebih suka tumbuk supaya dapat menghasilkan air bawang dan cili yang asli, inilah yang memberi rasa dalam masakan.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serai. Buka api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan garam secukupnya dan asam gelugor.
4. Apabila santan hampir mendidih, biasanya ikan sudah separuh masak. Keluarkan ikan dari bungkusan perlahan-lahan dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi santan tadi. Kacau perlahan-lahan jangan sampai ikan hancur.
5. Apabila mendidih dan ikan mula masak, masukkan santan pekat, kecilkan api, kacau sentiasa. Boleh ditambah tomato atau belimbing buluh jika suka.
6. Matikan api dan bolehlah dihidangkan, enak dimakan bersama nasi putih.

6 comments:

  1. salam sari yusa.
    mkn nasi sjuk ni satu nostalgia...
    dulu2 suka mkn buat sarapan pagi. lauknya telur ceplok curah kicap n sambal ketuk cili api. pedas2 sedap. hehe... mkn ramai2 sbb adik beradik akk mmg ramai. arwah mak pn join sama. licin periuk nasi tu jdnya. hehe...
    nmpk sedap la lauk ikan pari sari yusa ni. teringin nak cuba.:))
    jb tinggal di mana ya. mertua akk di kg kurnia.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada belimbing buluh memang sedap..rumah akak jeruk belimbing buluh ada sebotol...selalu masak lemak cili padi telur asin memang akak letak jeruk tu...sedappp!!

    ReplyDelete
  3. sedap nmpk lemak ikan pari bakar,satu kelainan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..wiii nampak lemak sangat. tak pernah makan ni masak cam ni..sedap la tengoknye..kecur airliur ku..

    ReplyDelete
  5. betullah Anis, samalah family kita, yg suapan2 terakhir tulah yang nikmatnya tak terkatakan...
    Saya JB di Kangkar Pulai, Kg Kurnia tu saya tau, area bandar tu..

    Kak Anie, slalu dgr keenakan lemak telur itik dgn belimbg buluh tapi tak pnah try lagi... msti sdap tu..

    Salamdariborneo, mmg ada klainan drp asam pedas pari, sekali-skala ubah selera..

    ReplyDelete
  6. w'kumussalam izah, kalau dh tliur kenalah cuba tau..

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?