JOM NIKMATI NASI DAGANG DI THISTLE JOHOR BAHRU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JOM NIKMATI NASI DAGANG DI THISTLE JOHOR BAHRU

 Assalamualaikum...

Beras pulut dan beras biasa.. campur santan kelapa dan halba... bawang hiris dan juga halia...enak rasa..

Nasi dagang itulah namanya.. dah terkenal merata negara.. di Pantai Timur tempat asalnya.. istimewa

Asal usul dinamakan dagang.. mulai satu dan tak berlebihan

sangat elok untuk dihidangkan.. di majlis dan keramaian...

Bila makan pagi atau petang.. 

bungkuslah sedikit untuk pulang

jangan lupa ibu ayah abang.. nasi dagang.. nasi dagang... nasi dagang...

😍😍😍

Kalau nak tahu, inilah antara lagu yang sering Sk nyanyikan adik beradik di zaman kanak-kanak. Lagu nyanyian Rosmaria ni memang kerap berkumandang di radio masa kami kecik-kecik ditambah lagi arwah abah pun ada membeli kartrij penyanyi yang cantik lawo ni, haha. Dan disebabkan lagu inilah Sk amat menggemari makanan tradisi dari Pantai Timur ini.


Justeru, apabila mendapat tahu bahawa Thistle Hotel Johor Bahru sedang berlangsung promosi Glass Nasi Dagang, Sk tidak melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Bila dah cuba, haruslah kita rekomen pada kawan-kawan, kan.. Setiap hidangan nasi dagang ini disertakan bersama acar pencuk dan telur masin dan tidak lengkap hidangan nasi dagang tanpa Gulai Ikan Tongkol. 


Nampak tak dalam kuali-kuali kecik tu, gulai ikan tongkol. Setiap set ni didatangkan dengan dua ketul ikan tongkol tau. Ikan tongkol tu yang dah direbus empuk, dimasak gulai ala pantai timur dan yang paling kick ada cili padi... 


Cepat tau kerana Glass Nasi Dagang Promotion ini akan berakhir pada 31 Oktober nanti. Bagi yang nak bawa family, boleh juga kerana promosi ini berlangsung setiap hari isnin hingga ahad dari jam 12 tengahari hingga 10 malam. Dengan harga RM18.90 nett, anda boleh menikmati hidangan nasi dagang bersama gulai tongkol, telur masin, keropok ikan dan acar pencuk bersertaTeh O Ais Lemon. Eh, ada juga Durian Tempura sebagai pencuci mulut.

Ah, korang.. takkan nak makan nasi dagang Kak Yah aje, kan. Jom lah ke Glass Restaurant, makan dalam restoran kaca dikelilingi kolam ikan koi, sekali sekalaaa..

Jommmm!

Untuk tempahan, boleh klik atau whatsapp

https://wa.me/60127892092

3 comments:

  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih