MERENTAS LAUTAN TEH DAN STRAWBERRY DI CAMERON HIGHLANDS

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... tercapai jugak hajat Sk nak membawa Iman ke Cameron Highlands, destinasi percutian dalam negara yang menjadi idamannya tapi babah tak nak bawa, hahaha. Iman cakap, dia teringin sangat nak tengok macam mana rupanya CH tu sebab ramai kawan-kawannya yang dah pergi, cuma dia jer yang asyik dengar cerita orang. Macam best aje CH tu la dengarnya. Ya, nak.. memang best, kalau ada duit banyak, pergi mana pun best.. gituuuu.

Berdua sahaja kami kali ini. Sebenarnya, Sk mengikuti Trip Sehari ke CH bersama rakan sekerja anjuran kolej induk. Trip yang Sk ikuti ini merupakan trip yang ke lima dan juga terakhir anjuran salah satu jabatan kolej. Apa yang Sk faham, tujuan trip ini adalah bagi menggerakkan dan maintain enjin bas kerana terlalu lama tidak bergerak sepanjang tempoh PKP lepas. Memandangkan namanya Trip Sehari, kami tidak bermalam di mana-mana hotel pun.


Sebelum menaiki bas, sempat posing sekejap. Lama dah tak naik bas, teruja lain macam, haha. Walaupun Pak Inche bersungguh-sungguh nak hantar, Sk menolak kerana lebih mudah bergerak. Parkir kereta di dataran kolej jer, nanti balik dah tak payah nak telefon suruh datang ambil. Nanti yang menunggu pun tak lena tidur, yang nak ditunggu pun kena alert lokasi selalu, leceh! Kami sampai di Hentian Tapah seawal jam 3 pagi dan diberi masa sejam untuk bersiap, mandi dan sebagainya. Mandi di R&R?? Oh, tidaklah.. dari rumah dah pakai deodorant tebal-tebal dan sapu bedak banyak-banyak kat badan, haha. Dalam bas sejuk, mana nak berpeluh, jadi, kita mandi ala P Ramlee sahajalah, hahaha. Dalam hujan renyai, kami mendaki bukit (dengan baslah) melalui Tapah. Punyalah syok melayan mata menahan mual terhoyong hayang di dalam bas, tetiba rasa jalanraya macam lurus jer, buka mata, ada di highway.. eh, sejak bila ada highway di CH ni?

Tidur mati betul.. tak sedar langsung ada tanah runtuh dan pokok tumbang sehingga memaksa jalan ditutup kepada kenderaan berat. Memnag tak sedar langsunglah, masa bila bas buat u-turn dan berpatah balik keluar dari Tapah. Sudahnya, masing-masing subuh gajah di RTC Simpang Pulai. Subuh dah terlajak, plan untuk ke BOH Tea Sungai Palas juga terlewat lebih 2 jam. Sedih, tapi tak apa.. yang penting semua selamat.


Ladang teh yang luas terbentang. Menurut penganjur trip kami, terdapat dua ladang teh di CH iaitu di BOH Tea Sungai Palas yang dimiliki bangsa Inggeris serta Bharat Tea yang dimiliki orang India Malaysia. Bagi sesiapa yang tak pernah ke CH, Sk memang rekomen untuk anda datang ke sini pada waktu pagi dan bersarapan di cafe yang didirikan di puncak bukit di sini.


Ada laluan bertangga yang dibina untuk ke kafe tersebut. Tengok tangga terus rasa nak pengsan, hahaha. Tapi, panjat jugaklah, takkan nak tunggu aje kat bawah, kan. Lagipun dalam kepala dah terbayang nak makan.. makan.. makan dan menikmati secangkir teh panas yang segar dari ladang.


Strawberry Cheese Cake untuk Iman dan Green Tea Cake untuk Sk. Sk pesan juga scone buat syarat, orang kata kalau datang CH, wajib tau makan scone ni, hahaha. Scone tu tak berapa panas, dah, tapi kek semua sedap cuma bila masa yang diberi terlalu singkat, makan tergesa-gesa terus rasa tak sedap hati, sebab takut kena tinggal kalau lambat, haha. Sebenarnya bukan takut kena tinggal tapi Sk tak suka orang menunggu, bagi Sk, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita, gituuuu.


Oh, ya.. kami menyewa bas sekolah yang memuatkan 30 penumpang sahaja untuk masuk ke Sungai Palas ni. Siapa yang dah pernah pergi, tentu tahu macam mana strugglenya melalui lereng-lereng bukit, ni kan. Sk cakap dengan Iman, memang taklah Sk nak datang sini memandu sendiri, ngeri oi tengok jalan dia. Tapi ramai aje yang memandu sendiri di sini, kena saling bertolak ansur la, timbang rasa itu perlu.


Lepas makan, terus pergi borong teh. Entahlah, tak tahu kenapa kalau ke sini kena beli teh banyak-banyak. Padahal kat rumah tu pun punyalah banyak teh, huhu. Tapi, harga di sini boleh dikatakan murahlah dari harga di Johor nun, haha. Ada juga jenis-jenis teh yang hanya boleh di dapati di sini, edisi khas gitu.


Tempat yang wajib anda singgah jika ke CH adalah KEA Farm. Kea Farm ni adalah tempat shopping hasil dari tanah tinggi CH ni. Terlalu banyak kedai di kiri dan kanan jalan yang menawarkan barang yang hampir sama antara satu dengan lain. Harga pun tak banyak beza, pendek kata, kalau dah nak beli tu, beli aje, kedai lain pun sama juga harga dan barang yang ditawarkan tu. Mungkinlah ada yang murah seringgit dua, tapi memang tak ada apa yang murah pun di CH. Disebabkan kami akan bertolak balik petang tu jugak, memang disini saja pilihan untuk membeli. Kalau masa SK datang berkursus dulu, dapatlah jugak meronggeng ke pasar malam, hahaha.


Ais Krim Strawberry yang sangat sedap wajib anda cuba di Kea Farm. Walaupun ramai orang kata strawberry CH ni masam, tapi kalau dah di sini, semuanya jadi manis belaka tau, hahaha. 
Sebatang ni, RM5 je reganya... Apo??? Lima hengget??? Magnum pun kalah, huwa huwa huwa.


Kan dah kata, CH ni seperti lautan strawberry. Lepas makan aiskrim, makan strawberry celup coklat pulak. Sebab tu strawberry di CH ni manis, ada cara nak makan, sediakan sahaja fulusssssss. Di sini kebanyakan strawberry coklat dijual RM5 bagi setiap tiga atau empat cucuk bergantung kepada saiz strawberry. Ada juga yang jual dalam cup yang lebih besar dengan harga RM10. Bagi Sk, cari saiz semulut ni lagi senang nak ngap.


Nasi Lemak Strawberry pulak dahhh. Haaa.. ni satu lagi tarikan baru di CH, Nasi Lemak Strawberry. Janganlah tanya Sk sedap ke tak sedap, Sk tak tahu macam mana nak jawab. Tapi, kalau anda ke CH, makan ni memang feeling dia lain macamlah. Nasi Lemak ni, Sk makan di Abang Strawberry (nama kedainya) yang terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, CH. Dekat sini, ada dua tiga jugaklah kedai nasi lemak strawberry ni tapi Abang ni viral sebab dia yang memulakan. Di sini juga (Kampung Taman Sedia) ada surau yang dibuka kepada umum. Bolehlah kalau nak solat jamak di sini.


Kalau nak lebih seronok dan duit banyak lagi bolehlah petik strawberry sendiri. Terlalu banyak kebun strawberry di CH, tapi kalau malas nak berhenti banyak kali, Sk cadangkan anda petik strawberry di Abang Strawberry ni jugak. Dekat sini memang ada beberapa kebun strawberry yang menawarkan harga RM7 bagi setiap 100 gm. 


Kalau tadi, kami ke Boh Tea Sungai Palas, kali ini kami dibawa pula ke Cameron Valley yang dimiliki oleh Bharat Tea, pemiliknya bangsa India yang merupakan rakyat Malaysia. Di sini, anda boleh menaiki buggy dengan bayaran RM15 sekepala. Iman kata, lebih baik buat makan, haha. Bagus anak aku ni, tau makan lagi sedap. Ialah, lagipun pagi tu dah tengok ladang teh, sama aje ropenyer, huhu. Tapi, kan.. kalau anda ada bajet, tak salah pun naik buggy tu sebab nanti dia akan bawa ke tempat foto-foto yang pastinya cun melecun punya gambar anda.  


Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Johor, kami singgah rehat dan rawat di R&R Tapah. Yang mana nak mandi, nak solat, nak makan, kami diberi masa yang lama. Maklumlah, bas sendiri, pilot sendiri, taklah tergesa-gesa nak balik. Kalau di Perak ni, memang femes dengan mee kari dan mee wantan, bolehlah untuk mengisi perut yang lapar tak reti kenyang ni.

Hurmmm.. memang tak boleh move on laaa Cameron Highlands ni. Walaupun perginya sekejap jer tapi penuh bermakna gitu. Iman yang mabuk naik bukit pun tak serik nak ke sini. Pak Inche pun macam bagi hint teringin nak pergi tu, kita tungguuuuuuuuuuuuuuuu..




Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya SK. Nak-nak pula naik bas reramai gitu, mesti happening.

    ReplyDelete
  2. Memang best pergi CH. Tak pernah jemu ke sana.

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman naik bas pegi rombongan dulu2

    ReplyDelete
  4. Ooo sama juga laa dengan group taman Lin Kak, mereka buat rombongan sehari ke CH ni..plan konon nak mengikut, sekali dah sakit...nasib gak tak bayonya.. sini RM90 siap sarapan pagi dan bekalan jajan..

    ReplyDelete
  5. bestnya pergi sana, tapi tu la.. now mesti ramai yang ke sana, so tunggu nanti bila dah reda la baru pegi

    ReplyDelete
  6. bila la nak jejak CH lagi.. syok pulak tengok..

    ReplyDelete
  7. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!