SYURGA DESSERT - SYURGA SIAPA?

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

DALAM masa seminggu ni, nampaknya, dua kali Sk ke Syurga Dessert yang kini tular di Johor Bahru.  Pendek kata, kalau nak pergi Kieda Crepe di Penang tu, memang tak mungkin, tapi di JB ni dah ada tempat yang menjual dessert macam di KC. Setakat ni, ada dua tiga tempat jugaklah yang agak terkenal dan Syurga Dessert antara yang viral. Cuma mungkin belum dapat menandingi KC di utara nunnn.

Pada mulanya, Sk tak tertarik pun nak ke Syurga Dessert ni. Ialah, pengikut awal Alam Sari Di Tanah Jauhar tentu sedia maklum, Sk dulu juga merupakan penjual dessert. Kalau tak jual pun, dah pelbagai jenis dessert Sk buat semata untuk makan. Sk dulu-dulu rajin ya, kalau teringin nak sesuatu, dia buat sendiri. Sekarang ni jer la, main tunjuk-tunjuk. Maklumlah, dah ada duit KWSP. 

Tersinggah tanpa perancangan selepas balik menonton Air Force The Movie. Hari-hari lalu depan Kampung Pasir tapi malas nak singgah memikiokan katanya orang ramai. Jadi, fikir-fikir manalah tahu orang tak ramai, hari cuti dah pergi melencong, kan, Sk pun singgah. hurmmm.. ramai tak ramai laaa. Pusing kiri orang, pusing kanan orang, pusing belakang, orang. Kedainya sempit sebenarnya, yang masuk pulak saiz macam Sk dan Iman ni haaa.., dengan budak-budaknya lagi, ya ampunnnn.


Susahlah nak ambil gambar dalam kedai sebab orang di sana-sini. Nak ambil makanan pun berebut. Dia bukan berebut takut tak dapat ke apa, tapi berebut sebab nak bagi laluan pada orang lain pulak. Nak fikir lama-lama pun tak boleh sangat. Dah main capai-capai aje la.  Selain dessert (manis), ada juga savoury dan makanan western yang telah siap dipek yang dihantar oleh pelbagai vendor. Jadi, harganya boleh tahanlaaaa.


Kuih tradisi pun ada seperti Lopes dan Tepung Pelita. Kuih-kuih talam pun ada, apam pun ado. Tepuk dada tanya selero. Kadang, orang kita ni bukan tak pandai atau malas buat kuih, tapi kita seronok kalau ada pelbagai kuih-muih atas meja, kan. Nak buat kuih sejenis tu rajin lagi, tapi kalau pelbagai jenis??? Yassalammmm. Sebab tu yang senangnya beli. Ambik tu, ambik ni, capai tu, capai ni, sampai kaunter, berpeluh dahi nak membayonyer.


Dah bayar, dah nak keluar kedai, nampak ada abang tu susun-susun apatah dalam chiller. Errrr.. hati berbelah bagi, nak capai dan beratur balik ke tak? Nak.. tak? Tadi pun dah dekat RM50 kena. Ah, next time la... 


Iman beli ni, Choc Royce ke apa namanya. Ada yang panggil coklat B40, ek. Doploh inggit besar tapak tangan jer bekasnya. Sedap, tapi dia potong tak putus, dah macam kena gigit pun ada bila kita potong guna sudu.


Selain tu, Iman ambil Peach Strudle. Sk ambil Lopes dan Tepung Pelita. Nampak tak, tukang bayo ambik yang mur mur jer. Tapi, sebelum ambik pun, Iman minta izin. Lagipun, Sk yang offer ke dia, mana yang dia kata viral tu, kita soh jer ambik. Esok lusa tatawlah ada kerajinan lagi tak nak singgah, kan. Strudle tu guna pastri ready made kot, rasa macam biskut. Kalau gigit saing krim dengan peach tu, sedaplah sikit. Lopes dan Tepung Pelita, memang sedap.


Semalam petang, Fidah pulak ajak ke sana. Teman Fidah punya pasal, melayang lagi duit aku patploh hingget. Sampai-sampai, memang dah aim kat chiller tu. Tengok-tengok, Cha Bang Ang ke... alaaa.. ni pandai buat sendiri. Tapi, sebab dah teringat-ingat dari hari tu, kan. Tutup mata la mencapainya.


Ambil kuih lopes jugak sebab tuari sedap, kan. Lepas tu, nampak pulak Kek Tapak Kuda. Sk memang suka kek ni, dia ada tiga jenis, Nutella, Biscoff, Red Velvet, Sk ambil Nutella, yang ni RM20. Dekat sini, bayar tak dapat resit ya. Kot mintak, dapat kot. Tapi, makanan dan dessert yang dijual kebanyakannya ada tanda harga, pandai-pandailah bajet. Sk pulak, tak perasan harga Cha Bang Ang tu, main capai jer macam orang kayangan, hurmmm.. satu penyesalan laaa... hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mujoq kedainya nun di Selatan, selamat poket PH haha ... Tapi itulah kalau masuk kedai dessert ke bakery ke semua rasa nak try 😍

    ReplyDelete
  2. Uiiii....pecinta manis macam saya kalau di sua kan pemanis ni....hihihi melompat bintang

    ReplyDelete
  3. Kalau SA ni..semua nak amik ni..sure x sedar diri main amik je...

    ReplyDelete
  4. hehe kedai ni ada dlm listing kite..x berkesempatan nak pergi lagi...

    ReplyDelete
  5. Amazing.. nanti bebila free boleh ke syurga sana 😆 Sedapnya nampak pelbagai kuih ada.. Mak sy mesti suka gak

    ReplyDelete
  6. kenot gi... very bahaya la this kedai. can potong kaki later

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!