Assalamualaikum...
SEJAK menukar template blog bulan lepas, PV Alam Sari Tanah Jauhar jatuh meredum. Bukan jatuh sikit, tapi lebih 50 peratus. Namun begitu, PV bagi entri-entri baru pula, naik mencanak-canak. Justeru, Sk berharap, PV keseluruhan blog akan kembali banyak jugaklah di bulan-bulan akan datang. Kena rajin update entri baru, kena makan-makan selalu la kan 😆
Semalam, Jumaat.. me time bagi Sk. Tak buat apa pun di rumah semalam, masak untuk makan tengahari pun tak 😜.
Tak lapar ke, Sk?
Haaa.. kan pagi tu dah sarapan nasi dengan
Ayam Masak Cabai. Jadi, tak makan nasi la tengahari tu. Petangnya, Sk goreng
Epok-epok Daging. Makan malam, Pak Inche ajak makan luar, tapi Sk rajin nak masak dari keluar makan. Pak Inche kata, masaklah Kari Telur, lama tak makan.
Kari Telur
4 biji telur rebus
Sedikit kulit kayu manis
1 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 ulas bawang merah dimayang
Sedikit minyak masak
2 sudu serbuk kari daging
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak. Goreng telur rebus sebentar, angkat telur dan ketepikan.
2. Guna minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang sehingga bawang layu.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau. Tambah air sedikit lagi supaya tidak hangus.
4. Terus tumis sambil tambah air sedikit-sedikit sehingga terbit minyak.
5. Apabila tumisan dah cantik, tambah air secukupnya, masukkan telur.
6. Masukkan garam dan ajinomoto jika suka. Renihkan sebentar dan boleh tutup api.
Ingatkan nak masak Sotong Goreng Kunyit, tapi Pak Inche request Sambal Sotong. Hurmm.. mementang la kita dah stok
Pes Cili Kering Siap Bawang manjanglah lauk sambal lepas ni. Kalau dah siap cili kisar tu, memang pejamlah mata nak masak sambal ke, asam pedas ke, go head aje, siappp!!
Kalau dah ada kari, kena ada papadom. Barulah macam makan Nasi Kandar! Ada lauk ni, berbekal la Si Iman ke pejabat. Pagi-pagi Sk dah siap panaskan nasi, panaskan Sambal Sotong dan Kari Telur sebab hari sabtu, medan selera tak buka katanya.
Burppp.. Alhamdulillah ❤️
sedapnya nampakkk
ReplyDeleteUiiii...sajer jer kan...lapar tgok ha....
ReplyDeleteHahahaa.. betull tu SK kena makan-makan selalu supaya PV naik lebih mencanak. Kita dah tak larat nak update selalu sebab tak boleh bernafas ditimbuni arahan kerja yang entah hape-hape!
ReplyDeletetengok gambar kari telur je pon dh sedap tu mak 😅
ReplyDeleteRajin sunggu SK memalam mengari menyambal sekali ..Daging masak kicap mana?🤭
ReplyDelete