ZUS COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


DI SUATU petang yang damai, kami dua beradik beranak singgah ke Zus Coffee. Warna tema Zus Coffee ni macam balai polis, hehehehe.


Walaupun begitu, ID nya agak mewah dan bercitarasa tinggi. Ini pertama kali Sk ke Zus Coffee.


Kami buat pesanan dine in tapi tataw kenapa dia bagi take away. Tapi, kalau dine in pun dorang bagi cawan yang sama jugak dengan take away.


Sejak dah remaja purba ni, kita serahkan semua pada anak untuk buat pesanan. Buat pesanan aje la.., bayarnya emak. Lamberrrrrttt lagi nampaknya nak tunggu anak bayarkan, hihi. Maklumlah, anak kita masih belajar dan dalam tanggungan mak bapak.


Semua pesanan disusun kemas dalam beg kertas. Minuman tu mereka tawarkan untuk letak dalam tray kertas tu tapi Iman kata, boleh jer dalam beg kertas ni. Disebabkan dah siap bungkus cam ni, Iman kata, makan kat rumah ajelah. Boleh lepak-lepak tak yah pakai tudung 😁


Rakan Visit Johor kata, perisa Spanish Latte ni sedap.. disokong oleh rakan komunikasi dan korporat dan Pulai Springs. Jadi, kita cuba la. Macam selalu, Sk suka minuman panas.


Ada Classic Mac & Cheese dan Korean Mac & Cheese. Sk pilih klasik. Hah, meja tu memang tak beralas, rumah kita memang tak boleh ada alas meja nanti sekejap jer dah ada kat lantai 😔


Iman nak Red Velvet Cake. Sedap la.. tak keras, moist jer.


Tik tokers kata, Butterscotch Strawberry ni sedap, jadi Iman nak cuba. Iman ni sebenarnya tak boleh minum sebarang susu, tapi degil. Lepas tu siaplah sakit perut.

Sebab tak ada kopi untuk Pak Inche, sebab malas nak order lain, jadi lepas minum terus kemas semua, buang, jangan kasi dia nampak, hahahaha.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ayat last tu buat i gelak SK...hapuskan semua bahan bukti kisahnya...

    ReplyDelete
  2. saya belum try lagi ni..geram aje tengok kengkawan semua dah pergi..haha

    ReplyDelete
  3. kahkahkah... yang last tu saya tergelak. sama la saya.. . Kat pekan nanas ni ada buka Zus Coffee gak..tapi belum sempat zass ke sana

    ReplyDelete
  4. Ye la... warna dia macam balai polis! hehehehe

    ReplyDelete
  5. hapuskan bukti ye...hihi.. selalu buat begitu juga bila mkn tanpa anak2..

    ReplyDelete
  6. Bagus3...👍
    Saya pun kalau anak2 membeli untuk diri sendiri sahaja,taknak share dgn orang lain,memang pesan suruh makan jangan tinggalkan jejak🤭
    Kadang senjata makan tuan.Depa makan tak tinggal jejak kat mak depa🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Abah saya dulu pun macam tu, bila dah besar sikit, semua anak-anak yang buat. Order dan bagai-bagai lagi lah. Hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!