Assalamualaikum...
DAH terbiasa dari kecil diajar supaya jangan membuang makanan. Ibu abah pantang betul kalau makan pinggan tak licin ya. Kalau boleh, jangan tinggal sebutir nasi pun dalam pinggan. Tu satu, kena tuang sedikit air dalam pinggan selepas selesai makan supaya rezeki tak putus.
Masa makan di Nelayan Seafood by The Coast, dah tamak sangat semua nak makan ikut citarasa masing-masing, ada beberapa lauk yang tak habis, kita minta bungkus. Takkan nak tinggal, beli tu! 😜
Sotong Telur Masin
Jarang tak habis lauk ni tapi hari tu memang tak mampu nak habiskan padahal bukanlah banyak sangat pun dalam hidangan tu.
Udang Mentega, yang ni memang hari tu makan seorang seekor jer. Lupa nak kira berapa ekor baki yang dibawa pulang 😆.
Baby Sotong.. ni Sk cuci dan ingat nak buat masak Sambal Ala Thai. Tapi, bila dah nak masuk pes dalam kuali, baru perasan tu rupanya pes tomyam, hahah. Jadinya, rasa sambal tomyam la. Pak Inche makan sikit jer, Iman langsung tak nak. Mengenangkan regenya RM38, kuhabiskan jua sotong-sotong tu.
ðŸ˜
Daripada buat elok panaskan , boleh makan lgi . Tak ada pembaziran makanan
ReplyDeleteHaaa... Jangan membazir, amalan tak elok tu.
Deleteelok kan..so jgn buang..SAselalu akan bekukan..nk mkn baru panaskan
ReplyDeleteKita selalu letak kat chiller aje, esok lusanya panaskan.
DeleteMana boleh bungkus bawa balik, bungkus. Boleh sambung makan di rumah. Rugi tak habis tinggal macam tu je.
ReplyDeleteKalau tinggal sikit sangat, kita ngap kat situ jugak, hihi.
Deletehaa bagos ni.. xbaik membazir kan.. blh panaskan balik..
ReplyDeleteok la 1st time dgr sambal tomyam.. camne rsnya.. haha
Rasa tomyam, masam, heheh. Tapi kita tambah gula supaya seimbang.
Deletepinggan mangkuk tu aummm lah kak... beli kt mana tu?
ReplyDeleteBeli kat kedai Good2u. Tak tahulah tempat Mim ada tak Good2U tu, cer carik.
Deleteooh... ada Good2u kt shopping mall tapi jual baju... xde jual pinggan mangkuk.. hihi
DeleteUncle biasa macam ni..... Uncle dan gelombang mikro tak dapat dipisahkan...
ReplyDeleteBiasa kalau tak habis makan kat kedai mesti bawak balik gak. Sayang dibazirkan. Panaskan atau buat rencah lain pun okay gak tu.
ReplyDelete