PASAR MALAM JER SENANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum...

MINGGU ni Pak Inche kan bercuti. Jadi, Sk pesan hari selasa lepas, masak Sambal Ayam. Biar dia tahu kejerihannya nak memasak Sambal Ayam tu. Kalau nak tahu, Pak Inche la yang ajar Sk masak Sambal Ayam tapi sekarang, malas memanjang nak masak. Masak nasi pun dah tak reti.

Ingatkan jadilah Pak Inche nak masak Sambal Ayam tu. Bertuahhhh.. dia kata, pergi makan luar ajelah. Dahlah cuaca pulak panas berdenting, lemah betul nak keluar bersiap lagi. Teringat ada pasar malam kat Taman Tampoi Utama. Kita tapau ajelah.


Cekodok Pisang enam bijik seringgit. Beli RM2. Yang jual ni boleh panggil pakcik dah tapi takkan nak panggil pakcik. Nak panggil abang, tak tergamak pulak 🤭. Cekodok comel-comel dan sedap sangat, terus berangan minggu depan nak beli RM5 terus.


Beli kacang rebus untuk Pak Inche. Mahal nau nau kacang rebus ni rupanya. RM5 seplastik. Pak Inche makan sambil tengok cete tamil yang dah berapa kali tengok.


Ubi Kayu Rebus, Sambal Tumis dan Ikan Masin ni untuk Sk. Beli sama tempat dengan cekodok pisang. Sebekas ni RM4, murahlah, hari tu beli kat BBU RM6. Sambal tumisnya sedap. Selain dua makanan ni, ada jugak Lempeng Sambal Tumis, pelbagai kuih talam dan Laksa Johor. Minggu depan kena pergi lagi nampaknya.


Laksa Penang untuk Pak Inche. Ada dua saiz, kecil dan besar. Saiz kecil tu dipek dalam beg plastik, RM2, yang ni RM4. Pak Inche makan tak berbunyi, sedap la tuuuu.


Iman makan Kacang Pool. Macam biasa set Kacang Pool ada roti yang dipotong tebal, dilepa margerin dan dibakar atas pan. Sedap kacang poolnya, Iman kata, nak beli lagi minggu depan, hahah. Selain Kacang Pool, ada Roti John jugak.
Nak beli roti john jugaklah minggu depan. Errr... Kena bawa bakul la pergi pasar malam minggu depan, hahahaha. 
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!