MAKAN DI HUTAN BANDAR DENGAN KAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...

LAMA sangat dah tak keluar sarapan dengan kawan-kawan pejabat. Ini antara faktor bagaimana baju-baju lama boleh muat semula. Yang dulu lengan ketat, rasa dah longgar. Bahagian perut pun dah tak macam sarung nangka 😂. Yang cuma muat baju jer, tapi masih obesssss 🤭

Sarapan yang dah lama ditinggalkan, Lontong Kering atau Lontong Darat. Mula-mula makan Lontong Kering ni tahun 1996. Arwah bapa kawan Sk, jual minuman di Hutan Bandar, bersebelahan dengan ZZ Sup Tulang. Satu hari, kawan Sk ajak kami cuba makan Lontong Kering ni, terus suka sampai sekarang. Lontong Kering paling sedap ada lima jenis sambal tau. Sambal tumis, sambal kacang, sambal goreng, sambal paru dan sambal kicap. Kalau ada kuah rendang lagilahhhhh mantul!😆


Fidah pun makan Lontong Kering tapi dia tak letak sambal paru, sambal tumis dan sambal kicap. Lauk pilihannya, Rendang Hati. Tu takpa, siap makan kuih lopes dua bijik, hihihi.


Kak Narimah dan Naza makan Soto. Pilihan Kak Imah, Bihun Soto dan Naza makan Soto Nasi. Tu belum letak sambal kicap lagi, kejadian lepas letak sambal kicap, takut nak ambil gambar, hahahah. Yang dalam pinggan oren tu, Paru Sambal Kak Imah untuk diratah-ratah, hehehehe.

Cuma keluar berempat aje. Minggu ni ada perlawanan sukan antara staf, ada yang bercuti. Jadi, kami-kami yang kaki bangku ni, makan ajelahhhh tau.
😜




Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhaii kak SK tayang makanan favourite kita pulak.. saya suka gak lontong kering selain lontong kuah lodeh tu. soto lagilah favourite. Tapi harini baru tahu lontong kering ada lima jenis sambal. huhu...lambat tahu.

    ReplyDelete
  2. Dapat bayangkan soto setelah di letak sambal kicap tu muahahahha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!