MAKAN DI NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

SEJAK kembali ke pejabat sepenuhnya, masa begitu mencemburui. Terrrrrrlalu banyak kerja hingga tak tahu nak capai yang mana dahulu. Paling perit bila kerja banyak, tapi banyak gangguan dari sekeliling dari segi fizikal dan mental. Kalau tak dikuatkan semangat, memang boleh menaikkan tekanan darah. Entahnya memang dah naik pun sebenarnya, hahahah.


Bila hujung minggu, rasa aman jer hidup. Biarlah orang kata, tak kering baju di badan menguruskan hal rumahtangga pun tak apa. Tapi, nak jadi surirumahtangga sepenuhnya macam belum bersedia lagi. Cukuplah jadi Surirumah 19 Hari dan berbulan-bulan masa PKP tahun lepas 😅


Bila Pak Inche tak kerja, gantung periuklah kita. Kali ni kita tunaikan hasrat beliau nak makan di Nelayan Seafood By The Coast yang terletak di Desaru. Selalu makan tepi laut sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa tapi kali ni anginnya menderu. Ombaknya bergulung-gulung menghempas pantai. 


Kegemaran Pak Inche, Hot Plate Beancurd yang sangat sedap. Menu wajib setiap kali makan di Seafood Restaurant. Semua hidangan di sini terdapat dalam dua saiz, yang ni saiz kecil RM18.86.


Chicken Chop with Lemon, kegemaran Iman. Kalau tengok mana-mana pun kami makan, memang wajiblah ambil ayam dengan sos lemon ni. Saiz kecil juga, RM23.58.


Seabass atau Siakap. Minta masakan Kukus Nyonya Style. Sos nyonya sangat sedap, siakap pun tak hanyir. Yang ni kami makan licin tinggal tulang. Kucing tengok haruslah menangis. Gemuk juga ikannya, RM68.00.


Kangkung Belacan yang tak terasa belacan. Ada rasa hangus-hangus. Batang kangkungnya ada yang keras, mungkin diambil bahagian yang dekat dengan akar. RM16.03.


Ini juga menu wajib, Sotong Telur Masin. Sedap yang biasa-biasa, RM33.01.


Udang Goreng Mentega. Tak pasti ada berapa ekor udangnya, sebab cuma makan seekor seorang, yang lain mintak bungkus, hihi. Tamak sangat kan, masa buat pesanan tu. RM54.71.


Yang ni menyesal order, Pak Inche la nak sangat baby sotong ni, ingatkan masak goreng madu, rupanya dia kukus. Iman tak nak makan sebab rupa sotong tu menyerlah dengan mata dan bintik-bintik pada badan dia tu, hahaha. RM38.00.


Tengok meja sebelah, pesan Lobster ni seekor. Resit dia terbang, sanggup Iman pergi ambil nak tengok harga. RM402 seekor, perghhhhh!


Yang Sk nampak di sini, masakannya tak mengelat, la.. kebanyakan tempat SK makan, kadang dorang mengelat tambah bawang dan lada benggala untuk penuhkan pinggan, huhu.


Semua makanan laut di sini, segarrrrr.. kita nak pesan, baru dia sauk dan hantar ke dapur.


Makanan yang kami jaaaaarang sangat pesan ialah ketam. Ni kalau nak makan, memang beli dan masak sendiri, hihihi. Maaf ya, harga yang dicatatkan bukan untuk menunjuk tapi sebagai panduan dan bajet bagi mereka yang hendak ke sini. Bagi SK agak berbaloi dengan suasana persekitaran la, tepi laut dan dalam kawasan hotel, kan. Sekali sekala, bolehlah.. ;p

Syukur, Alhamdulillah.



Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sodap nyooo...da lama tak makan kat sini, air tembikai tu lagi menggoda, kenapaaaa?

    ReplyDelete
  2. Ayoyo amma appa rega hidangan melangit kangkung secekak sehengget pn atas meja jadi harga sebakul. Ini restoran jejak dibumi jadi apalah yg nak di viralkn siakap kayangan tu dah la restoran terapung bagai.

    ReplyDelete
  3. Kelakarlah Iman, hehe...
    Hotplate Beancurd tu nampak menarik.
    Yg lain-lain tu pun sedap belaka nampaknya, even the kangkung nampak sedap :)

    ReplyDelete
  4. Kangkung belacan tu! Macam gunung!

    ReplyDelete
  5. lama tak kesini..Sotong tu nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Tenguk rega, tak berani wak nak masuk

    ReplyDelete
  7. Tudiaaaaaaa.....Kalau tengok harga ni ...saya nak lalu kat tepi pun seriau...hihihihi.
    Tapi kalau ada rezeki lebih atau rezeki terpijak...nak juga la mencuba..
    Lain kali ajaklah saya sekalli....hihihi

    ReplyDelete
  8. Alaaaa...lamanya x makan kat seafood restaurant...lepas ni kena pi jugak la walau sekali...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!