MAKAN DENGAN KAWAN LAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

KERJA kalau diikutkan, sampai bila tak akan habis. Jadi, apabila seorang kawan lama mengajak keluar makan tengahari, kita tinggalkan sahajalah kerja tu dulu. Kalau dilayan, silap-silap, boleh gastrik dibuatnya. Silap haribulan, tidur kat pejabat, hahahahaha.

Kalau pasal tempat makan, memang diserah pada Sk la bulat-bulat. Nak makan apa, nak makan di mana? Nasi Campur atau Western? Tahu kawan yang seorang ni, sejenis tekak yang cerewet. Seingat Sk, kalau makan nasi campur, kesukaan lauk-lauk bening, gulai cair-cair. Jaranglah dia memilih makanan western. Tapi, dia suka sangat makan Cantonese Kuey Teow. Jadinya, Sk mengajak ke Restoran Budak Siew Mai, tu la terpaling senang 😆


Tak akan lupa titik pertemuan, tanggal 3 Oktober 2003. Dia menegur Sk di beranda tingkat 4, bangunan Institut Teknologi Perindustrian, Bukit Senyum. Sama-sama hari pertama. Usianya sebaya dengan adik Sk, Cikwa tapi kepala kami ngam betul. Tak pastilah sama ada dia terlebih matang atau Sk yang jiwa muda, kahhhh. Seminggu kami ikut rules yang tercatat dalam terma dan syarat. Masuk kerja jam 8 pagi, rehat tunggu jam 1 tengahari, hahahahahah. Padahal, orang lain elok aje makan tengahari pukul 10 pagi.


Dari hari tu cakap nak belanja. Nak makan apa, cakap jer. Pilihan Sk jika ke sini, tetaplah nak makan Ying Yang Wan Tan Hor dengan Barli Ais. Yang lain tu, biarlah tukang belanja yang order, kita tukang makan aje.

Burppp.. Alhamdulillah ❤️

Semoga sahabat Sk diberi keafiaatan, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.




Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhhhh, lama gilaaaaa berkawan woo! Niceeee!

    ReplyDelete
  2. best nyaa dapat kuar makan ngan kawan lama...
    kawan2 lama kita semua bz hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Ini betul-betul kawan lama ni, dekat 20 tahun berkawan ye :D

    ReplyDelete
  4. 2003... lama tuuuu.... kirim salam ye

    ReplyDelete
  5. Laaa...ingatkan SK yang belanja🤭
    Alhamdullah...dikurniakan kawan yang baik itu juga salah satu rezeki

    ReplyDelete
  6. Lamanyaaa....SA yang kawan dari 1995 ni pun ada pasang surut...x sama kepala...dia je betul...hahahaha...matilanak kalau dia tau

    ReplyDelete
  7. Bila sekepala mmg boleh bawa ke mati persahabatan tu..

    Sedap nampak wantan hor tu.. Dulu slalu makan kat Ampang Park.. La ni bangunan tu pun dah takde

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!