NASI GORENG UDANG DAN EPOK-EPOK DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MASA balik dari Walimatulurus semalam, kami berbincang menu untuk makan malam. Tu diaaa.. dah jadi masalah negara menu makan malam sampai kena berbincang, hahaha. Iman cadangkan Ayam Goreng McD. Sikit punya bernas cadangan dia. Baru hari tu makan KFC, jadi, Sk bantah.. tapi kalau Pak Inche okay, Sk setuju aje 😆. Cuma dinasihatkan baiklah jangan. 

Sampai ke sudah, tak dapat kata putus. Dorang lepas hantar Sk balik ke pejabat, terus ke Angsana Mall, Iman nak beli buku di Badan Book Store. Ingatkan ada makanan untuk makan malam dibelinya, pun tak ada. Nak suruh mak juga buat keputusan.


Goreng nasi ajelah, kata Pak Inche bila Sk sampai rumah petang tu. Amboiii.. dialah yang duduk rumah patutnya goreng. Terus la buat muka comel, konon. Tak nak makan luar, sebab semalam ada bola Malaysia lawan Vietnam, kan. Sk goreng nasi ni pun, dah pukul 8 macam tu. Nasi sejuk memang ada setengah periuk dalam peti sejuk. Cili dan bawang kisar pun dah siap, kan. Senanglah kerojeeee.. Makan pun kat ruang tamu sambil tengok bola. Pak Inche jer la tengok, Sk makan jer lebih, hahaha.

Nasi Goreng Udang

4 cawan nasi sejuk
5 ulas bawang putih dicincang
1 senduk kecil Pes Cili dan Bawang
Minyak untuk menumis
1 mangkuk kecil Mix Vegetables
Beberapa ekor udang
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu sos ikan

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

2. Masukkan pes cili dan bawang. Kacau hingga terbit minyak.

3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap cair, kacau.

4. Masukkan udang, biar udang tiga perempat masak.

5. Masukkan mix vegetables, kacau rata.

6. Masukkan nasi, besarkan sedikit api. Gaul sebati.

Siap!


Sambil goreng nasi, sebelah dapur goreng Epok-epok Daging. Iman kata, epok-epok ni tak ada rupa, tapi sedap. Haaa.. daripada epok-epok yang nampak sedap tapi inti oksigen tu, kan. Ni tinggal sebungkus. Nampaknya kena tempah lagi ni.

Burppp.. Alhamdulillah!



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu gitu la taktau nak makan apa sudahnya mak jugak kena masuk dapur 😅

    ReplyDelete
  2. Aduhai....kita dah la tgh diet nasi ni...sehari sekali je makan nasi sesenduk...lebih makan buah je waktu malam...tp nasi goreng udang ni buat kita terbayang2 la....syuhhhh..syuhhhh..jangan la tergoda...

    ReplyDelete
  3. Uncle dulu pun panggil epok-epok juga!

    ReplyDelete
  4. mai johor la kenal epok-epok. Nasi goreng tu menggoda tu

    ReplyDelete
  5. fuhhh semangat betul udang tu, tak payah makan luar lah sebab dekat rumah pun ada menu sedap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!