KEREPEK SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

HARI tu Pak Inche bawa balik tiga balang kerepek, client bagi. 


Kerepek Bayam, balangnya besar, bayamnya pun besar-besar.

Daun bayam celup tepung, goreng dalam minyak panas. Pertama kali makan kerepek bayam ni masa sekolah-sekolah dulu, Mak Siti buat. Siapa Mak Siti? Ibu Sk laaaa.. hahahaha. 

Dulu, sebelah rumah Sk, ada kebun sayur. Tuan kebun tu namanya Ah Tau. Tiap petang, dia kutip sayur untuk dijual dan Sk tak pastilah ibu beli ke Ah Tau bagi ke, memang puas la kami makan sayur terutama bayam. Hurmmm.. patutlah kami semua kuat macam Popeye, hahahaha.


Yang ni dia guna bayam merah. Bayam merah ni, kalau masak tumis air, airnya akan jadi merah. Teksturnya juga lebih lasak sebab tu agaknya mereka buat kerepek ni dari bayam merah. Tak ada yang patah atau pecah langsung dalam botol tu. Mungkin adunan tepung salutan tu jugak ada rahsianya yang tersendiri.


Kerepek yang popular bila hampir tiba perayaan tahun baru cina. Kerepek ngaku atau arrowhead. Terus Sk tanya, client Chinese ke? Melayu, jawab Pak Inche. Haaa.. memang sekarang ramai orang melayu jual kerepek ngaku ni kan. Sk mula kenal buah ngaku atau arrowhead ni lebih kurang 5 - 6 tahun lepas jugak. Masa tu seorang kawan bekerja sambilan di Tesco, jadi banyaklah buah ngaku ni tiap kali nak sambut tahun baru cina. Tu ada nyonya ajar cara nak buat kerepek ngaku dan kawan tu kongsi dengan Sk. Sekali jer Sk pernah buat, tobat penat, hahaha.


Kerepek Seaweed atau Popia Seaweed. Seaweed atau rumpai laut di celahan kulit popiah, haha. Belajar makan rumpai laut masa ikut ibu kerja rumah Jepun dulu. Jepun kan suka makan rumpai laut ni, jadi selalu dapat tapi tak pandai makan pun, tekak tak boleh terima. Ada sekali dia bagi makan macam fish cake tu sejuk-sejuk, rasa nak mati menelan, bila Jepun tu pergi dapur, terus luah buang dalam pasu, hahahahaha.. hahahaha. Nasib dia tak nampak 🤭🤭🤭
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semuanya nampak sedap tu SK...
    Kerepek ngaku tu teringin nak try tapi tak jumpa lagi orang jual... kat online maybe ada kot.

    ReplyDelete
  2. Rasanya kerepek buah ngaku tu wak belum pernah makan
    Yang dua lagi tu pernahlah

    ReplyDelete
  3. Tadi pun nampak arrowhead di Aeon Big. Nanti nak beli, goreng buat kudap kudap. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. wahh jamni daun pun leh goreng kerepek.,. ;p

    ReplyDelete
  5. Uit..Kerepek ngaku memang sedap lemak merdu..Kerepek bayam pun sedap.Apa lagi seaweed tu.Kalau kena yg pedas lagi terangkat tu

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kerepek bayam..susah nak dapat tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!