MAKAN DI POULET CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

DAH lama tak pergi Midvalley Southkey, nak jalan-jalan dan makan-makan. Hari tu pergi berdua beradik jer dengan Iman, Pak Inche main bola. Iman kata, nanti lepas jalan-jalan, nak makan di Oriental Kopi. Baiklah, tuan puteri. 

Masuk jer Midvalley, cuma lot parkir bahagian bawah dibuka. Punyaaaalahhhhh ramai umat. Sampai bergesel-gesel bahu. Yang pelik tu, datang lima enam beranak, bolehlah pulak jalan melintang berbaris lima enam orang, sampai kita kena elak-elak, dah macam bersilat pulak dalam tu.

Nak makan semua tempat beratur termasuklah Oriental Kopi. Sikit punya meriah. Aaaa.. tak jadilah pergi situ. Terus jalan tanpa arah tujuan sebab dah hilang mood. Nak salahkan orang ramai tak boleh jugak sebab diri sendiri pun sama turut meramaikan, hahaha.


Nampak cafe-cafe di aras atas ni, tak ada siapa pun nak beratur. Meja banyak kosong. Terus ajak Iman makan kat sini aje, namanya Poulet, cantik sangat cafe ni.


Homemade Brazilian Lemon dan Homemade Ice Lemon Tea.
Brazilian Lemon tu rasa yakult.


Mushroom Soup.. ni memang homemade, sebab sangat terasa cendawannya, tak rasa tepung. Atasnya ada roti bakar yang didadu. Baked Crouton namanya, sikit nau nau letak.


Menunya tak banyak, jadi, Sk pesanlah sepinggan Prawn Aglio Olio Pasta. Dalam menu tulis guna linguine tapi ni guna spaghetti yang besar sikit jer diameternya dari Angel Hair. Pastanya sedap dan sedikit pedas tapi udang dia rasa plastik.


Boneless Roast Chicken Leg pilihan Iman. Boleh pilih dua side dish, Iman pilih Aglio Olio Spaghetti dan Mash Potato. Pelik kenapa rupa aglio olio Iman tak sama langsung dengan aglio olio Sk. Tapi rasa dia macam mee goreng kicap yang ada lada hitam sikit. Ayam dia pun sama, tak ada rasa perapan yang istimewa selain rasa kicap soya.


Posing ayu sikit.


Perangai giler dah datang.


Silky Milk Pudding... yang ini sedap. Kami ambil set soup, minuman dan pudding ni sekali arung.

Sabar aje laaaaaa..


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aalahai bertuah sorang tu..kalau ayu gayanya ayu betul..pas tu dia buat hal semula erk...dari gambar nampak sedap semuanya...udang rasa plastik> acaner tu?

    ReplyDelete
  2. Nama air taknak kalah, canggih.
    Unik menu. Memang tidak dapat agak rupa paras kalau tidak pesan.

    ReplyDelete
  3. best anak sis... sporting gila layan konten mak...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaaaaaaa! Suka mushroom soup!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya mushroom soup bila ada rasa mushroom nya..Silky milk pudding tu lagi la terliur...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!