MAKAN DI RICHIAMO COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

NAMPAKNYA hari ini, Pak Inche tak ajak meronggeng. Hari itu, lepas main bola di Stadium Educity (tak ingat nama penuh stadium), dia sakit kaki. Lutut yang cedera dulu ibarat luka lama berdarah kembali. Tapi, degil. Malam ni, nak main bola lagi dengan VVIP. Sk tak nak sebut nama dan lokasi, sebab perlawanan tu secara tertutup. Tak tahulah off record ke tidak 😂. Paling selamat, tak yah sebut apo-apo. Tu sebablah tak ajak ke mana-mana hari ni.. tak sempat nanti.

Itu juga antara sebab beberapa hari ini Sk rela memasak dan tapau makanan dari keluar makan. Seksa betul tengok Pak Inche berjalan macam robot. Nak pimpin pun serba salah jugak sebab dah lama tak jalan pimpin tangan, kan 😆. Lagipun, pimpin tangan orang sakit ni, tekniknya lain sikit 😂. Nasib baiklah dah pandu Kereta Auto. Kalau masih bawa kereta manual, lagi seksa nak tekan clutch dengan tarik gear.

Kisahnya, masa Pak Inche main bola hari tu, malam tu, Sk dan Iman nak pergi tonton la beri sokongan padu gitu. Pergi asing, PI dah pergi dulu. Sampai jalan masuk stadium tu, nampak ada pembahagi jalan boleh alih dan sebiji kon di jalan masuk tu, macam dialih ke tepi. Kami masuklah jugak, tak jauh nampak, ada kereta sedang buat pusingan u. Rupanya jalan ke stadium di tutup. Laaaa.. buat pesta tapi jalan tutup. Tak reti nak ikut jalan mana. Jadinya, kami tak jadi pergi tengok PI main bola sebaliknya patah balik ke Pulai, tuju ke Richiamo Coffee.


Hot Salted Caramelo Latte untuk mak dan Ice Salted Caramelo Cappucino untuk anak. Teringin nak menge-kek jugak, jadi ambillah sepotong Biscoff Burnt Cheese Cake. Yang Sk suka minum di Richiamo ni, kan.. kopi tu dah siap tak perlu bubuh gula lagi. Jadinya, latte art tu memang akan kekal sehingga ke cicipan terakhir. Tapi, Sk okay aje kalau minum kopi tanpa gula, sebab, Sk kan dah cukup manisssss 😆😆😆.
Oh, Cheese Cake dia sedappp.. dan baru RM9.90 sepotong.


Hampa Iman tak dapat tengok babah main bola. Sebenarnya bukan nak tengok sangat tapi lebih kepada bimbangkan bapaknya tu. Dah la lama tak exercise, tiberrrr sibuk nak main bola. Dengan nak bawa perutnya lagi, kaki sakit lagi, hurmmm.


Mula nak makan Mac & Cheese, tapi dah habis pulak. Yang ni pun sedap jugak, Chicken Pepperoni Melt, namanya. Ambil jugak Salted Egg Yolk Croissant seketul.


Makanlah separuh-separuh sorang. Memang selalu konsepnya macam tu, kan.. sharing is caring gitu. Tapi, nampak cara macam tak cukup kenyang aje kongsi Chicken Pepperoni tu 🤭. Jadi, suruhlah Iman tambah lagi satu makanan sementara nampak dah tak ada orang beratur di kaunter.


Iman kata, nak Coney Island Sandwich, yang macam babah makan hari tu. Lepas tu, macam biasalah, jadi model makanan 🤭 Atas permintaan kakak-kakak dan acik-acik, Iman cubalah buat muka ayu ya 😂


Amacam.. ayu tak saya?
😜

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehe niat hendak tengok bola terpesong pergi minum kopi.
    Menarik menu ditawarkan.

    ReplyDelete
  2. Ini kedai ala-ala hipster ni... Not bad

    ReplyDelete
  3. sebut je biscoff dah bole byg kesedapan kek tu hehee..febret kita tu!!

    ReplyDelete
  4. Tengok semua menu sedap ke sebab PC ni memang suka makan..aduh.

    ReplyDelete
  5. Ayuuuu! Hihii!
    Moga PI sembuhhhh segera...

    ReplyDelete
  6. Haaa...barulah nampak dak Iman senyum.Kan menawan tuuu...
    Awat pi asing2 dengan PI..
    Patutnya pi sama2 naik Mr Yaris merah menawan tu🤭🤭🤭(betul ke Mr Yaris?)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!