MENGOPI DI GABAK KOPI RUMAH USANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

RUMAH Usang.. bayangkan anda lalu di depannya malam-malam. Dalam samar-samar cahaya bulan, kelihatan cat yang sudah terkopek di sana-sini serta bingkai kayu tergantung yang hampir jatuh, membayangkan sudah berapa lama rumah itu ditinggalkan. Ramai-ramai pun dah seram apa lagi seorang-seorang 😆


Sebab itulah ada lagu yang bertajuk, Berdua Lebih Baik, tapi, bertiga adalah bonus. Tempat persinggahan kami tiga beranak sekembalinya dari Melaka, Gabak Kopi Rumah Usang, namanya, yang terletak di Batu Pahat.


Masa kami sampai, gerimis mula mengundang. Risau kebasahan jika duduk di halaman, kami mengambil keputusan naik ke rumah. Mujur ada ruangan vip yang lengkap dengan kerusi usang untuk remaja purbakala macam Pak Inche. Konsep kalau makan dalam rumah ni, bersila di lantai dan ada meja ala Jepun. 


Kurang pasti maksud Gabak di sini dan tidak pulak bertanya. Boleh jadi Rabak, yang mana orang pelat R akan sebut Gabak. 


Antara menu yang ditawarkan termasuklah pasta tapi bila nak buat pesanan itu tak ada, ini tak ada, lemahhhh...


Kami pesan menu tambahan, Nasi Kandar Ayam untuk Pak Inche dan Lontong dua mangkuk. Beberapa lama kemudian, kami diberitahu, lontong pun tak ado. Nasiblah nasi kandar tu ada, kalau tak, kami mungkin balik saja.


Nasib baik ada epok-epok daging. Jadi, makan ini sajalah.


Nasi Kandar Ayam untuk Pak Inche yang kelaparan. Nasi putih dibanjiri kuah kari dan masak kicap, ada dua potongan lobak merah dan terung serta dua bendi dicelur. Nasib baik pas di tekak Pak Inche.


Hot Tiramisu Latte untuk Sk, Jus Oren untuk Pak Inche dan Cappuchino Gabak Ais untuk Iman.


Tengok Latte Art dia, terus rasa nak nyanyi lagu Rahim Maarof.. Memori yang usang.. bagai bara merah.. kurasakan hangat bahang yang menujah.. memori yang usang .... krik krik krik krik krikkk.. sila praktis lagi ya dik. 

Tapi.. nasib baik sedapppp.

😍

Gabak Kopi Rumah Usang

3, Jalan Zamrud 1, Taman Dagang, 83000 Batu Pahat, Johor

Buka setiap hari kecuali Rabu
 2 petang hingga 10.30 malam

Tel : 012 7264354












Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. woooo...kuah kari banjir itulah yang menambat selera.

    ReplyDelete
  2. Catchy betul namanya. Lawa nak bergambar juga

    ReplyDelete
  3. Menggamit nostalgia sungguh tempat ni. Tapi itu ini tak ada tak syoklah. Balik Segamat kot rajin ke Batu Pahat bolehlah ke sini. Tapi macam entah bila.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!