HUJAN YANG TURUN BERSAMA AIRMATA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

NAMPAKNYA sebaris lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arsyad, seperti tajuk di atas, menjadi kenyataan bagi kebanyakan penduduk Malaysia, pada musim tengkujuh kali ini. 

Semalam, kita dikejutkan dengan berita, 9 beranak, meninggal dunia serta merta apabila kenderaan tempat mereka berteduh ketika hujan turun kerana rosak di tengah perjalanan, dilanggar lori trailer. Hati siapa yang tidak runtun bila membaca kronologi kejadian.

Lembah Klang pula menangis apabila di sana-sini banjir akibat saluran parit dan longkang yang tidak diselenggara. Begitu juga dengan pelbagai kejadian tanah runtuh akibat kerakusan tangan-tangan manusia.


Bila hujan berterusan, baru sedar, rumah yang didiami sejak Iman berusia 4 tahun pun sudah bocor di sana-sini. Hurmm.. ni bukan baru bocor tapi dah lama bocor tapi tak diendah. Tengok keadaan wallpaper tu pun dah tahu berapa lama kejadian yang dibiarkan. Si Bubu yang kepelikan terus memanjat nak tahu air turun dari mana? Bila bocor, terlintas nak panggil tukang perbaiki. Bila cuaca dah baik, mula lupa sebab sayang duit dan rasa bumbung kukuh lagi.

Macam tu la manusia, bila sedih dan rasa susah, baru nak meminta ampun dengan Tuhan tapi bila senang, mudahnya melupakan Tuhan sedangkan kita diciptakan untuk menyembah-Nya.

Peringatan untuk diri sendiri 😭


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la dengan rumah SA sebelum ni...bocor sana sini...la ni dah repair masalah lain plak...elektrik plak prob tingkat atas kalau hujan lebat...mesti akan trip

    ReplyDelete
  2. amboi Bubu... nak buka quotation ke tu?

    ReplyDelete
  3. Hahaha...bumbung bocor ni macam kws sakit gigi la.Bila hilang sakit lupa dah nak cabut..hihihi.
    Kalau dengat lagu Hujan nyanyian arwah Sudirman tu time hujan..Boleh nangis ..huhuhu
    Semoga mangsaw banjir dimudahkan urusan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!