POPISANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

TENGAH gunting lada, benonya.. teringat pulak la nak update blog, hahahaha.. 

Pagi-pagi sebelum masuk pejabat, telefon ibu, bagitahu hari ni tak pergi Senai. Sebabnya rasa hari ni nak masak. Dah ada permintaan suruh masak Ayam Sambal.. tulah yang menggunting lada tu. Kemudian teringat nak post entry pasal 🍌


Iman la dok pesan, minta belikan Popisang ni. Gerainya depan Kedai Runcit Haji ASK. Tapi, sebab setiap kali balik kerja, Sk akan ikut jalan depan, memang tak lalu la gerai popisang ni. Kalau dah tak lalu, memang tak ingatlah nak membelinya. 

Tadi, Cik Ani mesej dalam grup, beritahu jalan Skudai sesak rabak, pasal ada berlaku kemalangan melibatkan dua tiga buah kenderaan. Dah tahu, kita elaklah awal-awal, ikut jalan belakang. Teringatlah pesanan Iman. Dia kan baliknya dah gelap, jangan kata Popisang, daun pisang pun ilek!

Sampai jer depan gerai, nampak pelbagai gorengan atas talam. Tapi, adik yang meniaga ni kata, popisang cuma digoreng bila ada tempahan. Menunya ada di depan, sambil menunjukkan bunting depan gerai. 


Sk pilih, Small Box (Mix Topping) yang berharga RM10. Ada enam keping pisang yang dibalut dengan kulit popiah dan digoreng tenggelam. Kemudian adik tu tanya, nak pilih topping tak? Sk minta campur topping jer la sebagaimana tercatat dalam menu di bunting. 

Semasa menunggu Popisang siap ni, sabar ajelah tengok kedai runcit kat depan tu. Lama betul Sk tak ke kedai sejak dah masuk pejabat hari-hari ni. Tu takpa.. kat belakang gerai popisang ni, Nasi Kerabu Daging Bakar memanggil-manggil 😂

Sabarlah duhai hati perut 😆


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak benyek ke kalau tak makan on the spot?

    ReplyDelete
  2. perghhhh byk nya coklat n cheese dia...
    memang sedap makan tu...

    ReplyDelete
  3. Mewah toppingnya..tak kedekut. Terliur pulak.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambung menggunting cili ye hehehe

    ReplyDelete
  5. mak aih topping dia...merah sungguhhh

    ReplyDelete
  6. terliur tengok..tpi kit tengah cut sugar...tgok gambar ni...ahhhh...ghisau....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!