Assalamualaikum...
HARI ini Sk masih bercuti. Mula-mula ambil cuti hari ahad sahaja, lepas tu fikir-fikir balik, nak rehat lagi sehari. Sebenarnya bukan cuti nak berehat, tapi nak selesaikan pakaian bercuti. Dan sebenarnya, mesin yang buat semua kerja, kita cuma tekan sikit-sikit bagi arahan pada mesin. Lepas tu kita baring 🤣🤣🤣
Baring punya baring lalu tertido. Tengah sedap tidur, dengar telefon berbunyi. Pak Inche yang bercuti jugak tapi pergi ke pejabat kerana ada urusan yang melibatkan sistem di pejabat, telefon. Dah nak sampai, dia suruh bersiap untuk ke agensi insurans. Cukai jalan kereta Sk akan tamat tempoh lagi dua hari. Hurmm.. tak sempat kita nak bermimpi.
Berkicapppp.. tunggu giliran di luar pejabat insurans. Bedak di muka mula mencair, minyak wangi pun dah jadi mashammm 😂 Lepas selesai urusan insurans, terus ke pejabat pos perbaharui cukai jalan. Kali ni kita tunggu dalam kereta. Sebab Pak Inche dah taja hampir separuh kos insurans dan cukai jalan, jadi kita belanja dia makan tengahari di Zainal's Place, Taman Sri Tebrau.
Cantik gambar-gambar kartun tu... teringat pula Gila-Gila, Ujang hehe...
ReplyDeleteLauk simple mcm SK makan tu, kegemaran PH :)
Cakap dengan en suami, bila-bila, bila balik kampung jom ke JB sebab sahabat-sahabat blogger ramai kongsi tempat makan best kat JB.
ReplyDeletetempat favorite kita ni.... wajib singgah ...mi rebus kat sini lagi sedap.. ni tempat yg asal mi rebus hj wahid tu
ReplyDelete