Assalamualaikum...
MASA Cik Ani tiga beranak dijangkiti Covid 19, dulu, Sk telah melalui kuarantin kendiri selama seminggu. Masa tu, staf diwajibkan hadir ke pejabat dua kali seminggu. Kemudian, Angah pula positif, sekali lagi Sk menjalani kuarantin kendiri. Masa tu pulak, Sk dah buat temujanji dengan beberapa pelajar untuk mengambil sijil kemahiran masing-masing yang baru sampai ke kolej. Selalunya, selepas temujanji ditetapkan, Sk akan membuat salinan sijil lebih awal dan mengepilkan bersama sijil asal yang dimasukkan ke dalam sampul bagi memudahkan cara.
Bila dah kena kuarantin, memang tak sempat nak buat apapun. Nak batalkan temujanji, tak sampai hati pulak. Jadinya, minta tolong dengan Naza yang tentu sibuk jugak dengan kerjanya. Yang membuat temujanji bukan seorang dua pulak tu. Janji dengan Naza, nanti kita belanja makan lepas negara diisytiharkan endemik. Masa tu kan masih pkp lagi dan belum dibenarkan makan di kedai.
Hurmm.. sampai ke sudah, belum lagi endemik. Tapi, niat nak belanja tu tetap diteruskan. Memikirkan kerja melambak, memang tak tercapai hajat. Fikir kerja, sampai bila nak belanja, kan. Jadi, paksa diri la tinggalkan kerja, ajak Naza ke Richiamo Cafe.. hahaha...macam tak ada tempat lain ek.
Sama-sama pulak nak makan Spaghetti Bolognese. Ini pertama kali Sk makan SB di RC dan Naza pulak memang pertama kali la datang ke sini. Mungkin nak sesuaikan dengan tekak melayu kot, sos bolognese di RC ni agak pedas. Pedasnya tu sampai Naza tak sanggup nak habiskan. Nasib baik spaghettinya habis. Sk macam biasa la, 'eat clean' 😆
Tu tak pa.. Daun Parsley cincang tu dicurah kemahen banyak setempat tu. Dah ada rasa hapak-hapak daun tu, ialah, bukan daun segar tapi daun kering dalam botol. Tapi, bagi Sk taklah sampai tak boleh makan. Sk tak pandai la nak jadi cerewet komplen itu ini dalam kedai. Paling-paling pun mengata kat sini aje, kahhhh.
Salted Caramello Latte
Cicipan pertama rasa tawar.. fikir agaknya kena tambah gula la kalau nak manis. Teringat kalau minum di RC Pulai Indah, dah siap manisnya, tak perlu tambah gula. Rupanya, kena kacau la, dah nak habis tu baru laaa rasa caramel. Oh, tataw pulak lain outlet lain caranya. Yang best, kat sini, semua pesanan dihantar ke meja, tak perlu ambil di kaunter. Cuma kat sini, kena masuk dalam bangunan stesyen bas dan bayar parking, hehehehe.
Alhamdulillah, janji dicapati tepati ❤️
lain tempat,lain caranya ye. tapi saya belum pernah ke richiamo coffee ni. suami saya anti spghetti. dia layan mi goreng mamak je,...hahaha
ReplyDeleteWahhh! Shedappnyaaaa lahaii!
ReplyDeleteNak try laa..sy suka pedass pedasss!
Saya baru nampak kafe Richiamo di jalan ke Sg Udang. Agaknya banyak cawangan. Nanti boleh cuba. Hehe sudah tahu rasa spaghetti bolognese bagaimana.
ReplyDeleteNampak sedap mewah daging dalam sos bolognese tu.
ReplyDeleteSaya pun baru w hari lepas masak kuah bolognese ikut resipi SK..guna daging kisar Ramly tu..Suka la budak 2 orang tu
Ada juga yg alegik coffee .nampak sedap spaghetti tu
ReplyDeletewow...besar portion dia...nampak sedap....
ReplyDelete