MAKAN DI GRAND SEAFOOD SENIBONG LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

NAMPAKNYA dapur tak berasap langsung sepanjang minggu ni. Yang terakhir, masak Nasi Goreng Udang tu la. Semalam, Pak Inche nak makan di Restoran Senoko, rupanya tutup. Sk whatsapp adik Senoko tu, dia kata, sebulan dua kali mereka akan tutup restoran untuk berehat. Jadinya, kebetulan pulak agaknya, dua kali kami datang pada hari rehat mereka. Tapi tak apa, jomlah kita ke tempat lain. Atas pilihan Iman, nak makan di Grand Seafood Senibong.


Ambil Jasmine Tea atau Chinese Tea satu pot ni, boleh ulang-ulang tuang minum, haha. Sk suka panas, Pak Inche suka sejuk. Iman tak nak, dia nak teh bunga.


Kali ni dah pesan dari dalam kereta, ambil sejenis hidangan sotong aje. Bagi menghormati citarasa yang tukang bayar, kami sepakat cuma pesan sepinggan Baby Sotong Goreng Madu. Jadi, tak adalah Sotong Telur Masin macam selalu.


Sambal lada tu sedap sangat tau. Sk boleh makan dengan nasi begitu sahaja. Pedas manjah, masam manis, sedap sangat, letak cencaluk katanya.


Selain dari tak ambil Sotong Telur Masin, kami juga tak ambil Chicken Lemon. Kali ni nak cuba pulak, Deep Fried Fish Skin with Salted Egg Yolk atau Kulit Ikan Goreng salut Kuning Telur Masin. Ini memang sedapppppp sangat. Kulit ikan tu tetap rangup walaupun salutan telur masin tu basah-basah.


Kali ni pinggan hidangan tak ada deko-deko dah. Agaknya dulu tu, banyak masa lapang. Sekarang ni dah ramai pelanggan dan banyak tempahan, tak sempat nak lorek-lorek, hihi. Prawn Cluster with Pumpkin & Cheese ni memang wajib pesan sepinggan. Satu hidangan ni, ada enam ekor udang, yang dah siap dikopekkan kulitnya. Mudah nak makan, yang penting bukan udang frozen. Gemok tau udangnya tu.


Sk suka sangat hidangan sayur yang menjadi pilihan kali ni iaitu Stir Fried 3 Variety Vegetables. Bumbunya macam masakan nasi padang. Tiga sayuran dimasak bersama iaitu kacang buncis, brokoli dan terung.


Siakap Stim Hong Kong.. siakap dikukus dengan kicap cair dan sos ikan. Sosnya ringan-ringan jer, tak masin. Ikannya gemuk dan banyak isi, tentunya ikan segar yang baru disauk dari akuarium. Hurmmm.. lupa pulak ambil gambar seafood dalam akuarium, haha.


Dalam pada berhemah ambil lauk, tetaplah tak habis. Tinggal sikit jer benonya kulit ikan dan baby sotong tu, tapi sayang pulak nak tinggal. Bolehlah buat makan tengahari, esok.. hehehehe.

Burppp.. syukur Alhamdulillah ❤️

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaa....lama dah x makan kat Grand Senibong, pernah makan sini masa naik site office..boss bawak kami makan sini...

    ReplyDelete
  2. Sama!! saya pun suka jasmine tea panas....
    dah makan macam2 mmg air panas ubat nya.... mmg lega je rasa perut hahaha

    ReplyDelete
  3. Laparrrr nengoknyaaa, tak pernah pi sini, nanti leh try..huhuuu

    ReplyDelete
  4. Perghhh gambar-gambar ni memang bikin lapar malam-malam haha

    ReplyDelete
  5. semua makanan membuatkan sy berselera. cuma tgh musim hujan ni malas nak keluar makan d restoran.

    ReplyDelete
  6. Deep Fried Fish Skin tu terliur..Mesti rangup berlemak kan..Pernah cuba kulit salmon...sedap namatey..🤣

    ReplyDelete
  7. Lauk pauk sedap pilihan akak sekeluarga. Masakan yang tak pernah makan lagi especially Baby Sotong Goreng Madu dan udang tu. Fish skin tu buat kudapan pun sodap tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!