SAMBAL TUMIS NASI LEMAK PAK INCHE MASAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


MACAM tak sangka, balik kerja petang semalam, dah siap Sambal Tumis seperiuk untuk nasi lemak. Masa Pak Inche bagitahu, masak nasi lemak untuk makan malam tu, memang tak la membantah ke apa sebab Pes Cili dan Bawang memang dah ada, kan. Tapi, bila dia dah siap masakkan sambalnya memang teruja la, siap ada bawang putih ketul-ketul dalam sambal.


Telur pun dah siap kocok, tinggal lenggang je. Mula nak suruh Iman lenggang tapi lenggang sendiri la, sebab tak ada buat apa, masak nasi jer kan.


Lepas lenggang telur, goreng kacang tanah dan ikan bilis. Oh, Pak Inche dah siap perap garam kunyit pada hati dan pedal ayam, minta gorengkan. Sambil tu, potong timun.


Kukus telur empat biji sambil masak nasi. Tenggek jer pengukus atas periuk yang sedang masak nasi tu.


Masak lebih sebab nak bawa bekal, hehe. Siapa masak nasi lemak letak halba, kita geng!


Nasi Lemak dan konco-konconya.


Pinggan tuan tanah kedaung. Rasa sedap nau nau nasi lemak semalam.
Syukur Alhamdulillah.



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sabtu ari tu pun adik buat nasi lemak..manakala kakaknya terbaring demam...hehehe..sebab tu x amik gambar pun...

    ReplyDelete
  2. tengok gmbr pon sedap nasi lemak pak incheh ittuuuuh., huhuhu

    ReplyDelete
  3. nampak menarik presentation dia. memang nampak sedap. terliur.

    ReplyDelete
  4. halba pun dah lama tak beli... hehehe... saya masaka nasik lemak taruk daun pandan, santan dan garam aje...

    ReplyDelete
  5. Semua konco-konco nasi lemaknya ada.Sambal pula orang siap masak.Nikmat apa lagi nak didustakan..
    🤲🤲🤲
    Alhamdulillah ..tengok pun dah tau sedao

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!