MAKAN SOTO ANGAH BELANJA CIK ANI MASAK

 Assalamualaikum...

MALAM tadi Pak Inche ada Media Night anjuran Iskandar Investment di Educity Sport Complex Nusajaya. Hujung minggu ni berlangsung pelbagai karnival di sana dan hari ahad malam, Pak Inche ada pertandingan bola sepak. Terdahulu, rabu lepas tak silap, Pak Inche baru sahaja bermain futsal dengan rakan media. Nampaknya kehidupan telah kembali normal tapi ingat, kita sekarang berada dalam norma baharu, tak boleh bebas sukahati lagi macam dulu-dulu.

Nak balik makan Lempeng dengan Sambal Sardin semalam, Angah kata, jangan lupa, petang pergi rumah Cik Ani, makan soto. Sk pun iyakan aje lah. Yang Sk faham, Angah nak belanja makan soto tapi Cik Ani yang masak. Jadi, balik ambil Iman dari pejabat, singgah dulu BBU beli Cakue inti Kacang Merah dan bawa ke rumah Cik Ani.


Dalam family Sk, biasanya kami masak Soto menggunakan tulang dan daging lembu sebab ibu tak makan ayam. Tak tanya pulak berapa kilo Cik Ani masak. Daging lembut dan kuah soto sedap, syabas Inspektor Syahabs!


Tak lengkap hidangan soto jika tak ada bedegil begedil. 


Soto dan konco-konconya. Kalau makan di kedai ada sahaja yang tak lengkap. Kadang, taugeh pun tak ada.


Suhun Goreng jangan dilupa. 
Ini kalau makan di kedai memang jarang nak ada, kenapa tah agaknya.


Mangkuk Soto Sk. Nasi impit mula ambil dua ketul saiz mini tu, rasa tak cukup pulak, tambah lagi setengah. Hurmm.. tamak tol, hahahahahah.

Rasa macam raya wehhhh😜


Post a Comment

8 Comments

  1. rezeki jangan ditolak kan, ya Allah sedapnya nampak begedil tu

    ReplyDelete
  2. fuh power..syok kalau makan soto ada soon goreng tu..

    ReplyDelete
  3. Allah..Allah...
    Teringinnnya naknmakan soto yang sedap macam tu

    ReplyDelete
  4. Biasa kalau soto ni kan..SA akan derhaka skit..org makan ngan nasi impit..SA kena ada maggi atau mee kuning...muahahahaha....

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Tak cukup makan dua mangkuk ni....aduhai!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih