LEMPENG CICAH SAMBAL SARDIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

RASA bersalah pulak tak pergi Senai, petang semalam. Dok la terngiang-ngiang suara ibu, masa Sk telefon tu. Jadi, Sk ingat, hari ni nak ke sana bersarapan. Sambal sardin pun ada, kita melempenglah bawa ke sana. Agak tak cukup, singgahlah tapau nasi lemak daun pisang atau roti canai.

Lepas tu, nampak kat grup whatsapp, Cikwa dalam perjalanan balik ke Johor. Bertolak lepas Subuh katanya. Kemudian nampak Angah post di fb, bawa ibu ke pasar. Dalam gambar nampak ada Cikwa sekali. Jadi, kita tunggulah dorang balik dari pasar. Tak tahulah pasar mana dorang pergi. Whatsapp Angah, tanya dah balik belum? Angah telefon, baru nak balik katanya. Pergi Pasar Pendas.. tentu-tentu lalu rumah kita kan. Angah kata, kalau ada makanan dia singgah makan. Memang langkah kanan tu namanya.


Melempeng pukul 8 pagi, pukul 12 baru makan. Lempengnya Sk dah siap pek dalan tipuware pasal nak bawa ke Senai kononnya tu.

Tambah air sikit, dah tercair sambalnya. Mujur tetap sedap. Terkenang semasa dulu-dulu 😋


Makan ramai-ramai lebih sedap dari makan seorang. Buat teh tarik satu teko. Nikmat betul hirup teh tarik sambil makan lempeng.


Apalah yang diadukan Cik Lang dengan nenek. Mesti dia tegur nenek pakai baju tulis nama dia, hahahaha.. hahahahaha.







Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya sarapan ramai- ramai kan...lama dh x sarapan ramai- rami..kami je berkumpul...

    ReplyDelete
  2. Hahaha
    baru nak cakap kucing tengok kuching.Pastu dia kompius mana satu ejaan yang betul..
    Betul makan beramai lebih sedap kerana Rasullullah pesan suruh makan berjemaah itu ada barokahnya..wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Aduh! Sedap ni... bau dia lekat kat jari!

    ReplyDelete
  4. malam semalam pun kami makan lempeng cicah sambal sardin dan juga kari. Anak cicah kari, MY dan suami cicah sambal sardin buat pedas pedas.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!