Assalamualaikum...
TERINGIN nak rasa US Pizza ni dah lama, tapi peluang tu belum ada. Bila dah ada cawangan yang dibuka dekat dengan rumah pun manjangnya tak jadi, asyik terpergi ke tempat lain aje, hehehe.
Akhirnya, sebelum tutup tirai 2021, berjaya jugak datang ke US Pizza. Kami pilih cawangan di Taman Universiti, depan Aeon.
Tak pasti ada tak cawangan di USA, hehehehe.
Kami ambil set US Match yang mengandungi Chicken Wings, Roti Bawang Putih dan dua gelas teh O. Chicken Wings boleh laaa, cuma tak berapa panas dan sos sedikit masam.
Roti Bawang Putih.. biasa aje, kurang gebu dan kurang panas jugak. Tak teringat pulak nak tambah sup cendawan, baru sedap dilawankan, kan.
Set ni, pizzanya kita boleh pilih dua jenis topping. Kami pilih US Favourite (Beef) dan Chicken Classic. Pizzanya.. wallaaaaaaaaaaa... dari crust hingga ke topping yang tidak kedekut, memang sedap, cheese nya banyak dan tak muak, lembut jer bila ditarik.
Mana cukup satu, kan.. tengoklah badan, jadi, kami pesan jugak Chef Wan Specials. Iman kata, ni resepi ekslusif Chef Wan. Yang kami pilih ni, Wan Der-Ful Prawn Pizza. Pun tak kedekut topping, sedapppppp sangat, ada rasa tomyum. Tapi udang tu rasalah udang frozen, hehehe.
Boleh tahan jugaklah harga di US Pizza ni jika dibandingkan dengan restoran pizza lain yang pernah SK singgah. Bagi Sk harganya berpadanan dengan pizzanya yang sedap tu. Kalau tak sedap, memang tak patut lahhhhh...
Syukur Alhamdulillah.
Alamak.... bila dengar rasa pizza yang sedap tu tetiba jew meleleh liur... ahaks!
ReplyDeleteTak pernah makan US pizza ni. Dekat area Syu tinggal ni ada jer kedainya. Tapi nak menyinggah tu macam malaslah pulak. hu3.
ReplyDeleteSedap wohhh nampak di gambar
ReplyDeletekita pun dah try jugak us pizza ni..Memang sedap pizza dia tau..
ReplyDeleteHampir belas belas kali lalu lalu tapi bila entah nak singgahnyaaa.. ni ada yang Chef Wan recipe tu nampak sodap benoo yaaa...
ReplyDeleteAlaaaa....sedapnya pizza tu...nak ajak mak abah makan pizza, depa x nak plak..sudahnya SA telan air liur je la...tunggu la Sabtu nanti pi makan ngan Dania
ReplyDeleteIni yg buat kita teringin jugak nak merasa ni... ada juga cawangannya di Sri Gombak ni.
ReplyDelete