SELAMAT PENGANTIN BARU, PUTERI AMIRA & KAMARUL ISHAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

TERKEJUT Pak Inche apabila Sk menyampaikan jemputan walimah dari sepupu Sk, yang kami panggil Enol. Nama sebenarnya, Zainulakmal, biasalah, panggilan dari zaman kanak-kanak membawa ke dewasa. Macam tak percaya, anak Abang Enol dah nak kahwin. Apa tak percayanya pulak, anak sendiri pun dah umur doploh tahun. Masa Abang Enol kahwin dulu, Sk masih remaja lagi, tapi tak ingatlah umur berapa. SK turut mengikut rombongan ke majlis pernikahan hingga persandingan. Kami ni memang mempunyai hubungan yang rapat malah tinggal berjiran. Mak Abang Enol, Mak Usu, merupakan adik bongsu ibu, yang pernah Sk ceritakan DI SINI dan ayah Abang Enol, Pak Usu, pernah juga Sk ceritakan DI SINI.

Berbalik kepada tajuk di atas, syukurrrr.. bertemu jodohnya anaknda Abang Enol dan Kak Sykin, Puteri Amira dengan Kamarul Isyam. Ya Allah! Baru teringat... lupa nak bergambar dengan mak pak pengantinnnnnnnnn! Mengenangkan eratnya hubungan kami, Sk memperuntukkan waktu rehat tengahari tadi, ke lokasi majlis di Bandar Putra, Kulai. Cik Ani ajak saing, tapi Sk tunggu Pak Inche datang ambil di pejabat dan tak boleh jugak kalau nak keluar awal sangat, kan. Masa sampai, terserempak dengan Cik Ani yang nak balik. Teruja jumpa adik-beradik sendiri di majlis kahwin sedara, hahaha.

Jamuannya Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalcha dan Acar Nanas. Ada kuih karipap dan koci labu. Sk ni, apa yang tak masuk dalam pinggan, kan. Ada cendol jugak, tapi Sk tak sempat jamah, sebab kesian tengok ada tetamu lain dah bertatang pinggan nasi tak ada meja nak duduk. Jadi, kita beri laluan.

Ada kambing golek dari Osman Goat ditempah khas untuk tetamu. Iman sukarela nak beratur ambil. Memang terbaiklah, perapan kambingnya sedap dan cukup empuk dikunyah, siap side dish, salad, roti bawang putih dan kentang.


Along Nita, kakak sulung bapak pengantin. Antara sepupu Sk yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Along ni sukaaaaaaaa masak. Kalau dia balik, nanti masak sedap-sedap panggil kami makan. Dulu, suka sangat suruh Along lukiskan potret perempuan pegang ijazah dan pakai mortar board.

Mereka ni enam beradik, empat lelaki, dua perempuan. Yang ni Atul, adik bapak pengantin. Pun pandai belajar jugak. Umur 12 tahun, dah masuk asrama penuh di Alor Setar. Lepas tu, tak balik rumah dah.. belajar terus masuk u, kemudian bekerja pun di KL, kahwin pun orang belah sana terus. Dengan dua orang ni la dapat bergambar. Yang lain-lain, isteri-isteri sepupu, mula nampak, tapi masa balik tu dah tak nampak, sibuk agaknya sebab masa tu pengantin sedang bersanding.

Haaaaaa... inilah pengantin, kami panggil Mira yang tak lekang dengan senyuman. Mira pun pandai belajar, mana tak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan. Bapak dia dulu, tingkatan 1 dah masuk MRSM, kemudian masuk u. Kerja pun good good.. bukan macam Sk, sekolah dahlah kurang pandai, Pak Usu kata, asyik baca Gila-Gila jer, hahahaha.


Tak silap Sk, Mira pun dah ada kerjaya selepas menamatkan pelajaran tahun ini. Dalam hidup berumahtangga ni, yang paling penting kena banyak bersabar dan bertolak ansur.  Yang suami nama Sabar tu, itu kategori lain ya, hahaha.


Lepas makan, sebelum pulang, singgah ambil Calit-Calit Ice Cream. Semoga kehidupan berumahtangga pun semanis aiskrim yang diberikan kepada tetamu hari ni.


InsyaAllah 💓😍


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah syiok g makan2 kenduri ni.. Lagi2 kenduri sedara mara. Kan hahaha... Eh eh comel je eskrem tu ye :p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga bahtera rumahtangga yang dibina sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang Allah.

    ReplyDelete
  3. comelnya ice cream dia. Selamat pengantin baharu bagi kedua mempelai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!