AYAM MASAK CABAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

KEKENYANGAN pagi ini bersarapan nasi dengan lauk Ayam Masak Cabai 😆. Dia punya sarapan, macam nak pergi menoreh, padahalll... Lauknya masak malam tadi, masak nasi lebih untuk bekal Iman. Kesian dia dah lama tak bawa bekal, tak dapatlah simpan duit sebab kena beli makanan di food court. Jadi, nasi tu adalah dalam sesenduk dua lagi, nanti kalau dah tengahari kan sejuk tak sedap, jadi kita makan la panas-panas sambil hirup kopi panas. Sambalnya pulak pedas, dia punya pergiiii 🤭


Ni gambar ambil masa makan malam, malam tadi. Walaupun sambalnya pedas, tapi lagi puas la makan dari makan sambal yang tak ada rasa pedas langsung. Lada kering tu, beli di aeon masa belanja guna voucher tu. Tapi ladanya tak secantik lada kering di Kedai Haji ASK la. 

Masa PKP dan PPN Fasa 1 & 2 dulu, stok cili giling ni tak sempat sampai 10 hari pun. Sekejap jer habis. Apa taknya, asyik masak masak masak. Lauknya sambal sambal sambal. Sekarang ni, bawang pun sampai tumbuh daun sebab tak dikopek-kopek, hahahaha.


Chicken Lemon.. aaaa.. ni Ayam KFC yang beli masa final Piala Malaysia tu. Ada lebih dua ketul, ada pulak sos lemon ready made, jadinya ayam tu Sk panaskan atas kuali, kemudian tuang aje sos lemon tu.


Ayam goreng wajiblah ada, kan. Kalau tak, mahu jadi amukan. Tak ada sayur asam yang ada belacan tak apa, jangan tak ada ayam goreng. Kalau dulu, dah nak makan, baru digoreng ayamnya. Sekarang jangan nak mengada-ngada. Kita goreng jer sekali arung dengan yang nak masak cabai tu. Cuma yang nak masak cabai, kita angkat dulu, yang ni kita tinggal sekejap sampai garing. Tak payah menyusah diri buat kerja dua kali. Umur dah makin banyak, kan.. tenaga kenalah simpan sikit.

😂😂😂
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. La ni orang menoreh sarapan roti ja SK...Orang ofis pula yang selalunya sarapan nasi...🤭

    ReplyDelete
  2. kat rumah ni pun selalu macam tu, ayam yang nak disambal angkat dulu. untuk lauk budak budak, garingkan sikit lagi

    ReplyDelete
  3. seronok pagi2 sarapan berat. lunch lambat pon xpe. sbb dah kenyang dari pg.

    ReplyDelete
  4. semua nampak sedap....ayam adalah satu2nya haiwan yang banyak dalam fridge SA, Pak Zain la nyer kerja tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!