MAKAN DI BLACK CANYON AEON TEBRAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...


KISAH sebelum bercuti ke Melaka, tapi asyik terlupa nak cerita. Kali ni kami ke Restoran Black Canyon di Aeon Tebrau. Black Canyon ni adik beradik dengan Johnny's Restaurant kan. Boleh dikatakan, di mana ada JR di situ ada BC. 


Iman pesan BC Iced Coffee dan Lime Juice atau Jus Limau Nipis untuk Pak Inche. Minuman Sk menyorok pulak kali ni, hihi. Kopi Iman tu, sedap sangat.


Puding Sago bersama Longan untuk Pak Inche. Puding Sago ni resepi asalnya memang gunakan santan untuk kuah, kan. Santannya lemak betul dan terasa asli.


'Pad Kra Praw' Minced Chicken with Hot Basil and Fried Egg served with Rice.
Nasi kita boleh pilih mahu beras biasa atau beras perang.


Combination of Stir-Fried Prawn and Chicken, with Chilli Gravy served with Rice.
Yang ni pilihan SK, yang atas tu pilihan Iman.


Pilihan Pak Inche, Prawn Fried Rice. Kalau tak ada idea, makan nasi goreng la yang paling senang. Sedap nasi goreng ni dan nasi berlauk pilihan Sk dan Iman di atas.


Spicy Seafood Tomyam. Ini pun sedap. Iman kata, lain kali kalau pergi mall tak tahu nak makan apa, makan aje di Black Canyon. Sebab, Pak Inche ni jenis yang susah nak makan di mall, kena pujuk betul-betul barulah lembut sikit hati dia. Ni semua dia puas hati, maksudnya bolehlah datang lagi.

Burppp.. Alhamdulillah 😍


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kopi Iman tu nampak ciput plak hehehe... cukup ke tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. cawan tu gedabak cuma pendek. Tak habis airnya, mujur ada mak pak tolong perabih.

      Delete
  2. Eh adik beradik betul ke BC dengan JR tu kak? Tapi AEON Taman U takde BC..sobss hahaha

    ReplyDelete
  3. Menu kat BC memang ok sangat. Sebab PC pernah makan juga di BC dan en suami pun cakap ok boleh datang lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!