Assalamualaikum WBT
BULAN Ramadhan antara bulan yang sering menjadi pilihan majikan membawa staf berbuka puasa di hotel-hotel ternama sebagai salah satu cara penghargaan kepada staf masing-masing, ganjaran perkhidmatan mereka dengan syarikat. Pasti masih ramai lagi para setiausaha yang mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bagi meraikan kakitangan syarikat. Selain itu, bulan puasa ni tentu ramai warga Singapura yang menyeberang tambak untuk membeli-belah persiapan raya, kan. Nak.. nak, tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi kita akan meraikan Aidilfitri. Warga Johor pun, tak kurang hebat juga berbelanja, penat shopping, memang tak laratlah nak memasak.
Jom, apa kata Sabtu ini, kita Berbuka Bersama Diva AA dan Ayai Illusi dengan Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet di Thistle Hotel Johor Bahru. Sk pasti, ianya pasti menjadi kenangan berbuka puasa terpaling manis anda apabila berbuka puasa sambil mendengar celoteh Diva AA dan nyanyian mempesonakan dari Ayai Illusi dengan lagu-lagu hits beliau.
Istimewa 8 April 2023 nanti juga, dengan pembelian tiga tiket dewasa, anda akan menerima satu tiket percuma. Bolehlah berkongsi dengan ibu, ayah, rakan pejabat atau yang teristimewa.
Boleh tahan jugak ya apabila Diva AA dan Ayai Illusi dipertemukan di atas pentas yang sama. Bagi mereka seusia Sk yang dibuai lagu-lagu dendangan Ayai Illusi ketika zaman remaja, tentu juga tidak lupa Diva AA atau Azwan Ali zaman tu juga pernah menjadi pengacara Muzik-Muzik yang menjadi kegilaan ramai gadis. Kiranya, mereka berdua ni seangkatan la, kan.. jadi, memang meletops la bila bergabung. Ada saja usikan dari Diva AA yang kadang-kadang boleh terdiam kita dibuatnya, mujurlah Ayai tu kental jiwanya beb! Hahaha.
Walaupun kadang dikatakan bermulut lancang, tapi Diva AA ni hatinya baik. Sk dah dua kali bertemu empat mata dengan Diva AA ni tau, setiap kali nak diajak bergambar, tak pernah ya dia nak menolak. Kalau mulut dia ngomel-ngomel tu, saja nak menghiburkan hati kau dan buat kau gelak.
Tak sempat bergambar dengan Bekas Juara Gegar Vaganza Musim Pertama, Ayai Illusi, kita pinjam gambar Nona Manis ni. Nampak tak, betapa mesranya Ayai dengan peminat. Ayai ni peramah orangnya, kita boleh berbual dengan dia borak-borak pasal apa saja, memang tak sombong ya padahal bukan artis biasa-biasa. Lagu-lagu beliau sering terlontar di corong-corong radio dan bermain di bibir. Siapa yang tak tahu lagu Puisi Cinta, Segalanya Ku Terima, Suara Cinta.. ahhh.. banyak lagilah.. lagu Inang Bujang dan Dara la terpaling meriah.. terpaling syahdu lagu Puisi Cinta, hehehe.
Diva AA tu dulu kan pengacara antara paling best, tapi sekarang la tak suka bila bahasa dia tu. Kalau la dia berubah jadi elok sampai bila2 kan elok
ReplyDeletemasa kerj ajadi PR dulu, pernah berurusan in person dengan Diva AA ni...masa tu dia takde la lembut giler mcm skrg..masa tu dia gagah perkasa dan best je berurusan...betul dia sebenarnya baik...cuma tu la...bising kat mulut je...dan ramai haters
ReplyDeleteAmboi...ambooiiiii! Dengan Diva AA ye.
ReplyDeleteAA ni satu universiti dengan Kak Amie tapi dia Fakulti Kejuruteraan kalau tak silap. Sempatlah tengok dia....
Saya suka la dengan abg Ayai, lembut je cakap .You r my Friend! Hahahaaha . Lagu dia pun banyak yang saya suka 😍
ReplyDelete