Assalamualaikum WBT
ANTARA menu yang Sk pilih untuk dimasak untuk Makan-Makan Raya di Johor, adalah Sambal Kacang atau family kami panggil Sambal Cengeng. Sk dah plan, cuma akan memasak Sambal Cengeng ni selepas ditentukan tarikh Hari Raya Puasa 1444H. Bila dah kompom harinya Sabtu, eh.. kepala otak ni berfikir-fikir pulak sama ada hendak dimasak awal dan dipanaskan pada pagi raya atau nak masak pagi raya. Iman kata, masak awal tapi gerak hati Sk kata, nak masak pagi raya. Lagipun dah terbiasa kan, bangun sebelum subuh, bulan puasa lagi la pukul 4.30 pagi dah celik mata.
Cuma bagi mengelakkan kelam kabut di pagi raya, Sk sediakan bahan memasak lebih awal. Walaupun sekarang dah ada jual kacang tanah kisar ready made, Sk tetap kisar kacang sendiri. Petua dari ibu, jika nak goreng kacang tanah, goreng bersama bawang putih yang dihiris.
Sk goreng dalam minyak. Goreng bersama dengan hirisan bawang putih serentak sehingga bawang putih bertukar warna kecoklatan. Jangan sampai bawang putihnya hangus, garing sedikit jer cepat-cepat angkat.
Sejukkan sedikit kemudian bolehlah dikisar kasar. Kalau rajin, bolehlah ambil tiga empat sudu kacang dan tumbuk-tumbuk kasar bagi pecah-pecah aje. Sk gunakan 300 gm kacang tanah. Semua bahan Sambal Cengeng ni Sk sediakan awal termasuklah daging tetel dah direbus siap-siap, jadi, pagi raya tu, pukul 5 pagi Sk mula memasak. Daging Tetel, Sk ambil bahagian lemak-lemak dari daging yang nak masak Rendang Raya tu.
Meh la Sk kongsikan resepi Sambal Cengeng Sk ni.
Sesuai dimakan bersama nasi impit, ketupat atau lontong.
nanti if ada kerajinan saya nak try. sgt tertarik tengok menu nya
ReplyDeletewah... sayang nya kita jauh plak.. klu sebelah rumah konpom kiita dah bagi salam hahaha
ReplyDeleteharap2 adalah kuah kacang + nasi impit time open house...hihi...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteDapat ilmu baru ni..
goreng kacang sama bawang putih
pertama kali saya tau petua ni goreng kacang dgn bawang putih,mesti lagi wangi&rasa sedap
ReplyDeleteSaya pun pertama kali tengok goreng kacang tanah dengan bawang putih. Cara saya pula, goreng kacang tanah tanpa minyak. Lain kali nak cuba cara SK.
ReplyDelete