MENU ULANGAN 16 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


FUHHHHH.. speechless tengok kuih-muih yang Pak Inche bawa balik semalam. Apa lagi kalau bukan tapau dari param pram pram pram. Ada Nona Manis, Onde-onde, Kole Kacang, Talam Suji dan Seri Muka.


Selain kuih-muih, Pak Inche beli Ayam Percik, seketul RM4, 4 ketul RM15. Sk semalam beli juga Tepung Pelita Dahlia lagi.


Ayam Percik dan Ayam Masak Merah Sk masak.


Sk masak Ayam Masak Merah yang baru. Nasi Minyak banyak lagi, Pak Inche memang awal-awal dah cakap nak repeat kan.


Acar Jelatah pun buat yang baru.


Sk bancuh Susu Bandung Saji. Nasi Minyak dengan Sirap Bandung memang berjodoh tapi semalam tak teringat nak beli Ais Krim Soda.


 Sahur pagi tadi kami ke kedai mamak Thoufeeq. Pak Inche makan tosei kari kambing, Iman makan Roti Telur Banjir. Dorang berdua dah habis makan, baru Mee Goreng Sk sampai. Lambat sebab orang ramai.. berbeza macam masa awal-awal puasa hari tu, agaknya semua orang pun dah buntu nak sahur apa, hehehe.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap tengok mi goreng mamak SK. Nasi minyak apatah lagi, selera tengok. Entah bila saya nak sahur kat luar ni.

    ReplyDelete
  2. Makanan sedap ulang banyak kali pun takpa...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!