Assalamualaikum WBT
REZEKI Ramadhon lagi...
Pak Inche bawa balik kurma lagi, kali ini dari Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.
Kurma Ajwa.. puasa kali ni, Sk berbuka dengan kurma dahulu sebelum meneguk air, kalau tidak, suka teguk air dulu sampai habis segelas, kurma hanya dipandang sepi. Kadang-kadang, malam-malam.. Sk belah kurma dan gantikan bijinya dengan kacang pistachio. Nanti nak cuba pula letak mentega sepertimana yang sedang viral kini.
Pak Inche dapat juga Eau De Parfum the OUD by Aaron Aziz semasa majlis berbuka dengan Ranhill SAJ ketika berbuka puasa 6 Ramadhan di Double Tree by Hilton. Sk baca Jameela.. ni minyak wangi untuk ompompuan.
Laaa.. kenapa dia bagi Jameela.. sepatutnya kenalah bagi SABR. Pak Inche kata, belasah aje.. pakai sama-sama.. hahahaha.
Baunya wangi la.. dah nama pun parfum cuma di deria Sk tak adalah wow sangat. Apapun benda free kan, kenalah cakap berbaloi-baloi, hahaha. Ni bila benda kena bayar kau kata mahal, huhuhu.
Kita tepeklah gambar sahur pagi 11 Puasa, Murtabak dan Nasi Goreng. Hari tu dah panaskan sekeping Murtabak Pasar Ramadhan, ni ada lagi sekeping dan Nasi Goreng Sahur 7 Puasa tinggal sikit. Esok kita tengok apa lagi yang tinggal untuk dipanaskan, konsepnya jangan membazir sebab membazir itu amalan....?? (sila sambung sendiri).
Nampak sedap kurna ajwa tu..lama x makan...
ReplyDeletePH dah bertahun x beli kurma. Ada je orang bagi, sampai tak sempat nak beli hehe...
ReplyDeleteMembazir itu amalan syaitonirrajiiimm!
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteDepa kata kurma Ajwa tu sedap makan dengan pure butter...saya blm cuba...SK cuba la duluðŸ¤