Assalamualaikum WBT
KITA telah memasuki sepertiga Ramadhan bagi tahun 1444H. Perut pun dah serasi tak makan dan minum di waktu siang berhari-hari. Cuma, Ramadhan kali ini, cuacanya lain macam. Pagi sehingga tengahari panas berdenting namun bertukar hujan dan ribut petir menjelang petang. Apapun, semoga dipermudahkan urusan dan diperluaskan rezeki peniaga-peniaga bazar yang bergelut dengan dugaan cuaca yang tidak menentu.
Semalam, pertama kali tahun ini Sk jejak pasar ramadhan. Tujuannya nak cari kuih-muih untuk dibawa ke rumah Cik Ani kerana akan berbuka di sana. Pak Inche ada acara berbuka puasa dengan Yayasan JDT di Puteri Habour dan terus bertugas di Stadium Sultan Ibrahim, JDT menentang Sabah. Sk ke Param Taman Pulai Mutiara. Yang berkenan di mata, Kuih Tepung Pelita, 5's RM4 dan Kuih Cara Berlauk, 5's RM2. Tepung Pelitanya sedap betul.. betul-betul sedap 😋😋😋
Cik Ani kata, tak payah beli apa-apa. Lain kali cakaplah biar terang, tak yah beli apa-apa, saya masak nasi lemak. Dahhh.. Sk beli
Nasi Beriani Kawah Abang Besar. Beli kat kedai Abang Besar sebelum ke param. Cuma Iman la yang berbuka nasi beriani kambing, yang lain semua berbuka nasi lemak. Sebab nasi lemaknya banyak, Sk tapau bawa balik untuk makan sahur.
Sahur Nasi Lemak Sambal Telur Rebus la kami tiga beranak pagi tadi. Pak Inche ajak jugak ke mamak makan tosei tapi Sk malas nak layan. Kalau memang tak ada makanan tu, boleh juga dipertimbangkan.
Licin nasi lemak Cik Ani bekalkan. Sambal tu Sk tambah air sikit dan panaskan dalam kuali atas api, tak kukus macam selalu. Sempatlah buat semua walaupun bangunnya pukul 5. Bancuh Teh O seteko pun ngam-ngam untuk tiga orang. Nikmat sahur nasi lemak dengan teh o panas ni, lebih nikmat dari makan tosei dengan teh tarik kat kedai mamak, hahahaha.
Betul, makan di rumah lebih best dan sedap! Suka kuih cara berlauk. :)
ReplyDeletedah tengahari ni tengok nasi lemak halba huwaaa terliur
ReplyDeleteSedap sangat nasi lemak itu. Alhamdulillah lalu makan nasi waktu sahur.
ReplyDeleteAlamak rindu tepung pelita yang sedap.
Takde ke gambar Cik Ani?
ReplyDeleteNak trylah sahur nasi lemak, minum teh o panas.
ReplyDeleteTahun ni saya blm lagi menasi lemak..
ReplyDeleteTiap tahun nasi lemak akan masuk juga dlm list setidak2nya sekali
sedap pulak makan nasi lemak pepagi ya kak.. saya ni bebudak dah takde selera.. pening maknya
ReplyDeleteSAa berbuka je Sabtu lepas dengan nasi lemak dan sambal sotong rendam...eh x padan batuk Pak Zain tu...dia makan gak sambal sotong tu..erm..sudahnya batuk teruk...dah dekat 2 minggu dia batuk dan selsema...lambat elok sebab dia masih bertahan puasa kan..so makan ubat time berbuka dan sahur je..tu yang lambat sihatnya tu
ReplyDelete