SOTONG GORENG KUNYIT & SAMBAL TAUHU BERBUKA 12 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEJAK minggu lepas, dalam group whatsapp 'Goshop' pejabat Sk ada iklan Cili Kisar. Dalam ramai-ramai, Sk seorang aja yang tempah cilinya. Ingatkan bolehlah dapat hari khamis lepas, tapi, wakilnya kata, minggu depan. Ingatkan Ahad.. rupanya isnin.. dari isnin dah membawa ke selasa pulak. Sabar ajelah...


Terpaksalah Sk kisar cili sendiri semalam sebab Pak Inche mintak masakkan Sambal Taukua atau Sambal Tauhu untuk berbuka puasa. Beli tauhu 5 ketul dekat Pasaraya Maslee yang berhampiran pejabat. Lima ketul tu, RM2.25. Beli serai seikat, RM2.49. Beli Sawi Pak Choy sebungkus besar, tak ingat berapa harga, beli cili padi hijau sikit, pun lupa harga. Jumlah di kaunter RM10.70, hehehehe. Tengok, ramai no yang membeli cili padi hijau tu sampai seplastik besar, agaknya nak buat Sambal Hijau Khairul Aming la kot, hihi. Tapi tu lah, dapat tauhu jenis lembut tu, sampai longlai bila digoreng, tapi bila dah masuk dalam sambal, mengancam sehhhh.. mujur tak bocor periuk nasi!


Pak Inche macam biasalah, menggeletar satu badan katanya kalau tak singgar pasar Ramadhan. Dibelinya kuih onde-onde dan seri muka.. memang boleh dikatakan sepanjang puasa tiap-tiap tahun, dua jenis kuih ni, pantang nampak ya, mesti nak beli. Teringat masa PKP Fasa Empat tahun 2020, tiga empat kali Sk buat sendiri onde-onde ni. Tahun lepas, langsung tak buat pun padahal kemahen buat stok gula melaka dengan tepung pulut, huhu. Tahun ni, kirim salam! Seri Muka lagi laaaa.. dua kali aje agaknya pernah buat sepanjang 23 tahun kahwin, tu pun 10 tahun lepas, hahahaha. Yang dalam plastik merah tu, Bihun Soto sebungkus.


Selain Sambal Tauhu, juga Pak Inche minta masakkan Sotong Goreng Kunyit. Mula, masa ke Maslee tu, nak belilah sikit kacang panjang masak dengan sotong ni, tapi tak jumpa pulak kacang panjang. Senang jer masak, bahan pun tak banyak.. tumis bawang putih cincang, masukkan sotong, bawang besar potong bulat, daun kari, goreng kilas. Kemudian masukkan serbuk kunyit, garam dan asam keping. Akhir sekali masukkan cili padi yang dipotong atau dibelah, siappp!


Bulan puasa ni agak kurang makan sayur. Hari tu tengok kat TT, ada seorang pakar pemakanan ni tanya, kita ni manusia, tengok gigi kita, macam lembu ke macam rimau? Jawapannya, macam lembu. Maknanya kita kena banyak makan tumbuh-tumbuhannnn.. hehehehe. Sk suka masak sawi pak choy ni sebab senang siang dan mudah dibersihkan. 


Sk hantar mesej beritahu Pak Inche, menu lauk berbuka semalam, ghisau jugak takut dibantainya beli kari dengan hati ayam lagi. Dahlah Kari Daging yang hari tu pun ada lagi, kan.. mujur dia tak beli apa-apa lauk ya, ajaib betul, hahaha. Cuma kuih dua jenis tadi, Bihun Soto sebungkus dan dua botol air tebu. Sepanjang puasa ni, memang beberapa kali jugaklah Pak Inche beli air.. air tebu jer dah dua kali beli. Air kedondong la.. air kelapa la.. cendol la... padahal dekat rumah ni ada jer buat air... yassalammmm.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sbr je la menunggu cili kisar tu ye..tertunda2...sotong goreng kunyit sodap tu

    ReplyDelete
  2. Tengok sambal tauhu SK, baru saya teringat, saya sendiri dah lama tak masak tauhu. Sedap tu. Sotong goreng kunyit pun. Wah... rajin buat ondeh-ondeh ye, dulu. Saya langsung tak pernah buat. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sambal tauhu tu...sotong goreng kunyit pun nampak menarik...kan?

    ReplyDelete
  4. Uii...
    Sotong tu menggoda.
    Sambal taukua tu dulu ada dalam buku SRT ..kalau tak salah buku form 3 di bawah tajuk kekacang..Nostalgia

    ReplyDelete
  5. Elok jew janggut sotong tenggek atas nu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!