TAPAU LAUK MAKAN TENGAHARI SELERA MAHSURI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, kan SK dah masuk pejabat. Pagi tu, Sk nampak Kak Sab kat depan cafe, Sk pun nak singgah la beli sarapan. Rupanya, Kak Sab datang berkemas aje. Bulan puasa lepas, Kak Sab buat Buffet Ramadhan kat Pretty Event Hall, kan.. masih penat lagi la tu, lagipun, pelajar masih bercuti. Staf pun ramai belum naik kerja.

Sk pun ronda luar kolej.. Kantin Zaini atau dikenali sebagai Warung Mak Yah, tutup. Ada tiga lagi gerai nasi kat kawasan kolej, pun tutup. Sk malas pulak nak menghala ke Kampung Melayu, jadi, beli roti jer la kat Petronas Larkin.


Tengahari, Sk ke Restoran Anjung Selatan, tutup jugak. Nasi Ambeng Mak Ana pun belum buka. Dapur Asmara pun tutup. Singgah satu restoran ni buka, tapi tak ada lauk. Akhirnya Sk ke Selera Mahsuri, jumpalah kedai nasi campur ni, syukurrrrr. Nampak juga orang beratur panjang tapau Nasi Ambeng Tak Cukup Syarat.


Teringatkan anak kat rumah tak ada makanan. Lepas balik berjalan kan, memang tak memasak la. Suruh Iman masak nasi aje, Sk belikan lauk dia Ayam Masak Lemak Cili Api dan untuk Sk, Asam Pedas Ikan Kerapu (keping). Ikan tu sekeping RM7. Semua lauk-pauk, dia yang cedukkan. Jumlah semuanya termasuk Kubis Goreng dan Taugeh Goreng serta Sambal Belacan, RM19. 

Syukur..  Alhamdulillah, dapat jugak beli lauk, nak memasak, idok lerrrr, hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul Kak, kedai banyak tak bukak, adik Lin tu demam nak belikan anak-anak makan delivery, banyak closed..

    ReplyDelete
  2. ramai yg masih cuti raya...kedai mamak je yg sentiasa buka...comel piring isi sayur2 tu..

    ReplyDelete
  3. Haha kalau tidak jumpa itu memang kena masak jawabnya.

    ReplyDelete
  4. Depa pun tak habis beraya lagi..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!