NASI GORENG GULAI KAWAH MENU SAHUR & BERBUKA 25 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MENU sahur 25 Ramadhan, Sk masak Nasi Goreng Daging. Sebenarnya nak habiskan baki lauk yang tak habis masa berbuka puasa di Miss Siam hari tu. Daging memang banyak lagi dan udang tinggal dua ekor, kita gaul-gaul sekali la dalam nasi. Sk cuma tumis bawang putih dan cili padi tumbuk, pecahkan telur, kemudian taburkan serbuk nasi goreng kampung jenama Seri Aji.


Kukus sosej sebab Pak Inche kata nak makan sosej. Bila dah ada nasi goreng, tak dipandangnya pun sesej tu. Nasi goreng makan dengan cili padi potong taruk kicap cair.


Mentang-mentangla pergi pasar ramadhan bawa assistant, kannnn.. 
Antara yang dibeli..

Laksa Penang
Laksam
Seri Muka
Karipap
Popiah Basah
Murtabak
Tauhu Bergedil
Onde-Onde
Taufufa
Akok
Gulai Kawah
Sambal Lada


Air Kelapa dan Jus Jambu Batu


Tak pernah gagal beli onde-onde.


Gulai Kawah, RM10, beli dari Warung Kelantan sebelah Caltex Taman Teratai.


Ayam Goreng.. Pak Inche dah garam kunyit, Sk goreng.


Sambal Belacan/ Sambal Lada


Ketupat Palas Frozen SK beli dengan kawan, kukus sambil masak nasi. Susah nak jumpa ketupat palas rebus sekarang.


Murtabak bawa makan untuk sahur Pak Inche pagi tadi. Ada baki nasi goreng tu Iman habiskan, Sk makan nasi, ketupat palas dengan lauk gulai kawah untuk sahur pagi tadi. Hari ni Pak Inche ada majlis buka puasa lagi, kami nak buka apa ek??

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak boleh ikut PI berbuka puasa ke hari ini SK?

    ReplyDelete
  2. Bnayakny juadah...gulai kawah tu buat SA teruja...dari hari tu ngidam x dapat2..nasib x ngandung..eh...hahaha

    ReplyDelete
  3. Ramainya juadah
    Larat ke perabis semuanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!