Assalamualaikum WBT
PAGI ini, insyaAllah, akan berlangsung Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1444H. Semalam, sepagian kami staf pentadbiran menyediakan bunga rampai dan bunga telur untuk majlis pagi ni. Bukanlah wajib sekadar bagi menyerikan majlis.
Pukul 3 pula, Sk ada temujanji selenggara kenderaan di Pusat Servis Perodua Taman Impian Emas. Rezeki raya kali ni, di Perodua ada Kempen Service Auto Rahmah, dapat diskaun 30 peratus. Tapi itu untuk model Axia dan Bezza aje la. Selesai servis, Sk terus menghala balik, alang-alang dah sangkut jem kat kawasan Pulai tu, teruslah pergi ambil Kek Lapis Sarawak yang ditempah dari Cik Sunah.
Berangan nak masak Asam Pedas benarnya tapi hanya tinggal angan-angan. Lepas keluar dari kawasan taman rumah Cik Sun, Sk terus telefon Restoran Indo Banget pesan dua bungkus Nasi Ayam Penyet dan Gado-Gado untuk berbuka puasa. Kemudian singgah Pasar Ramadhan Pulai Mutiara beli Tepung Pelita dua bungkus.
Malas nak salin ke pinggan.. penattttt, hahaha.
Gado-Gado ni kegemaran Iman.
Besar betul ayam tu, isinya banyak, bagi kat Elang separuh. Suka betul Elang dapat makan ayam. Elang kucing paling senior di rumah, dia jer yang pandai makan ayam.
Pagi tadi sahur Laksa Penang dan Laksam yang Pak Inche tapau dari Pasar Ramadhan Taman Sri Pulai hari ahad tuari. Lagi dua tiga empat hari dah tak payah fikir pasal makanan sahur lagi. Sekarang ni tengah fikir pasal perancangan memasak untuk raya pulak. Nak masak Khamis ke nak tunggu pengumuman raya baru masak, hahahaha.
Huntungla Elang dapat makan dada ayam goreng.
ReplyDeleteAmboi Elang...best la makan sedap...SA esok masih bekerja lagi..Khamis baru sibuk nak cari bahan2 nak buat rendang..siapkan bahan nanti lepas tu tunggu pengumuman..kalau raya Jumaat, matilanak kena masak malam tu jugak..kalau raya Sabtu...selamat lagi...
ReplyDeleteAbang besar la si Elang tu ye ðŸ¤
ReplyDeleteLamanya PH tak makan gado²...
Amber pun tak makan ayam,yang suka merasa di Daisy tu pun secubit dua je lps tu taknak dah...
ReplyDeleteSejarah mungkin berulang ke ni kak raya terkejut lagi
Sedap tengok nasi ayam penyet. Besar pulak tu, ayamnya.
ReplyDeletebunga rampai tu yg harum bau nya
ReplyDeleteBestnye bunga rampai. Suka bau pandan tu campur dengan bunga². Jarang dah orang buat bunga rampai sekarang ni. Nasi ayam penyet pun sedappp
ReplyDeleteHarumnya bunga rampai sampai orang LD terbau!
ReplyDeleteGado-gado kegemaran Encik Suami, tapi tahun ini tak pernah lagi beli di BR.