MENU SAHUR & BERBUKA 24 PUASA & KUIH RAYA MB

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

TINGGAL tiga hari sahaja lagi hari bekerja minggu ini. Rabu, Sk sudah mula bercuti, malah seluruh operasi syarikit akan ditangguhkan sehingga hari isnin depan. Sk akan kembali ke pejabat pada hari rabu, insyaAllah. Iman pulak sudah balik sejak Khamis lepas. Kuliah minggu ini akan dijalankan secara dalam talian, meriah kembali hidup Sk nampaknya selepas sendu akibat demam minggu lepas, hehehe.


Sahur 24 Puasa, kami ke Mcd Educity di Iskandar Puteri. Memang dah berapa hari Pak Inchenya berzikir nak sahur di McD. Kita layankan sajalah.


Iman kata, lama tak makan Happy Meal.


Sk makan Spicy Double Beef with Cheese.


Petang tu, Pak Inche ada Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar Johor. Sk dan Iman pilih untuk berbuka puasa di Restoran Ainoni. Nampaknya tiga hari berturut-turut berbuka dengan tomyam. Ada tembikai dan minuman sejuk percuma, kami ambil tembikai lima potong.




Nasi Putih 2
Mango Float 1
Teh O Panas 1
Ais Kosong 1
Tomyam Seafood 
Daging Masak Merah
Sotong Goreng Tepung
Baby Kailan
Telur Dadar
Jumlah RM42.50

See.. SK dah beritahu, harga makanan di Restoran Ainoni lebih murah dari Pulai Tomyam Station.


Cenderahati dari Rumah MB. Ada Tart Nenas, Almond London dan Kek Kukus Buah-buahan. Dah boleh raya dah ni.. hehehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wow, bestnya buka posa di rumah MB. Dapat kuih raya lagi. Untung, tak payah beli. Berbuka puasa di tomyam pun alright juga. Sahur di McD, satu kelainan. 😋

    ReplyDelete
  2. Seronoklah ada geng berbuka :D
    Banyaklah kuih raya kat rumah SK, kalau dekat boleh dtg berjaya hikhik...

    ReplyDelete
  3. Wah! Bertambah koleksi kuih raya.
    Nanti minta mambang terbangkan sebalang kecil ke LD yaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah SK sudah sihat kembali.
      Tambah ceria nampaknya apabila Iman sudah cuti.

      Delete
  4. Banyak dah kuih raya SK kan...banyak koleksi dah tu..sedpanya sesekali berbuka di kedai siam...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!