SAMBAL SARDIN UNTUK BERBUKA 13 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


TAK menahan sana-sini tengok rakan-rakan maya tayang lauk sardin untuk berbuka puasa. Teringin dan teringat pulak, Sambal Tauhu masih berbaki sambalnya, Sk macam tu la, kuah kari ke, sambal ke, asam pedas ke, kalau ada baki kuahnya tu, mesti simpan. Jadi, ni, Sk masukkan dalam kuali baki Sambal Tauhu, baki Sambal Nasi Lemak Cik Ani dan terus tuangkan sardin satu tin. Yang ada pulak sardin tin besar aje, tapi sardinnya tak besar-besar sangat, ada 8 ketul sardinnya, hehehe. Sk tambah bawang besar potong bulat dan cili padi, nyummyyyyy!


Goreng Telur Dadar.


Ceduk Sambal Sardin separuh.. 


Goreng Sawi Pak Choyyy


Berbuka seorang semalam sebab Pak Inche ada Majlis Buka Puasa dengan Petronas di Holiday Villa.


Petronas bagi Sampul Raya Cantik dan Tart Nenas sebalang.. kuih raya pertama la ni.


Ni sahur pagi tadi, buat nasi goreng sotong.. sotong tu baki Sotong Goreng Kunyit hari tu. Burppp.. Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pun dah beberapa hari mengidam nak buka atau sahur lauk sardin tapi tin sardin belum datang bergolek ke dapur.

    ReplyDelete
  2. seronok juga buka puasa sorang2 sekali sekala ye kak boleh pilih menu ikut tekak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kdg kalau ramai bukan tak boleh ikut tekak tapi kita beralah sbb malas nak masak banyak lauk, hihi

      Delete
  3. Puasa ni kita dah 2 kali buat sambal sardin pedas2..lawankan dengan telur dadar...memang laju menyuap..hahha...hari ni x tau la Mak Pah masak apa...

    ReplyDelete
  4. Ish..pakat masak sardin ni...macam nak kena follow gak ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!