USUS LEMBU AIR ASAM & SUP TULANG BERBUKA 19 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

SABTU lepas, Pak Inche dah beli siap 5 kilogram daging lembu untuk dimasak rendang. Sk asingkan anggaran sekilo lebih untuk stok daging di rumah dan bahagian tetel untuk dimasukkan dalam sambal kacang. Rendang tu memang nak kena buat banyak sebab kena bahagi dua, satu untuk orang Johor, satu untuk orang Kedah, hehehe. Daging rendang dah siap potong kiub, nanti masa nak masak tinggal defrost dan cuci serta bilas, jadi taklah penat sangat nak merendang. Tukang potongnya, Pak Inche dan Iman, Sk jadi mandur, hehehe.


Macam sebelum ini jugak, Pak Inche tempah daging dari tauke yang sama dengan tahun lepas. Selain daging, Pak Inche pesan jugak usus. Usus ni dah siap bersih dan rebus tau. Satu bekas ni harganya cuma RM10 sahaja.


Usus tu Sk rebus lagi sekali kira-kira 15 minit sebelum berbuka. Air asam tu, Sk buat awal supaya mesra bahan-bahannya. 1/2 biji Bawang besar, hiris bulat nipis, 11 tangkai cili padi, hiris, 1 tomato dipotong dadu, 1/2 sudu pes asam jawa, sedikit garam, 1 sudu gula pasir. Kacau semuanya. Potong usus kecil dan gaulkan dengan air asam.


Masak Sup Tulang. tapiiiii.. tahu takkkk, sebenarnya Pak Inche minta masakkan kari tulang tu. Sk pun setuju tapi entah macam mana tataw, boleh pulak terlupa, Sk boleh buat sup pulak tulang tu. Agaknya pasal banyak sangat makan ubat semalam ke terus jadi terlupa. Mujurlah Pak Inche nya okey aje, nanti lain kali kita masak kari okeh.


Tetaplah juga ada kuih-muih pasar Ramadhan. Kuih yang sama jugak, Onde-onde, Seri Muka dan Tako.


Selain tu, ada jugak Cucur Udang Utara Taman Sri Pulai. Pak Inche kata, saja tanya, kakak tu, tak balik kampung raya? Lepas tu baru tahu, kakak tu orang Baling. Laaa.. saya orang Kuala Ketil, kata Pak Inche. Sekampung rupanya, hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnyaaa...siyes murah la usus lembu tu..kat seremban timbang kilo hoke...tahun ni nak buat rendnag nasib la...

    ReplyDelete
  2. tertelan ayaqliur tengok air asam perut muda

    ReplyDelete
  3. Wah... awalnya beli daging. Campur sekali ye, usus dengan air asam. Sedapnya tengok...

    ReplyDelete
  4. Ingatkan makeroni tadi.... hek hek hek....

    ReplyDelete
  5. Adoiii...sedapnya usus rebus ayaq asam.Kami panggil perut panjang @ perut muda.Uii mana nak cari ni

    ReplyDelete
  6. sedapnya sesekali dapat makan usus lembu cecah air asam

    ReplyDelete
  7. fav usus lembu tu...slalu menu ni time aidiladha mmg wajib ada

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!