Assalamualaikum WBT
SEMALAM, pihak pengurusan syarikat Sk bertugas telah mengumumkan bahawa 19 & 20 April minggu hadapan sebagai Cuti Tanpa Rekod. Kita maklum, sebelum ini, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina Sidek, terlebih dahulu mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April. Ini bermakna, mana-mana staf yang hendak pulang ke kampung halaman, dah boleh mula merancang perjalanan lebih awal. Tidaklah lebuhraya sesak bila semua cuti serentak. Sk pula akan menyambut raya pertama di Johor sebelum berkumpul dengan adik-beradik Pak Inche, insyaAllah, pada hari raya kedua nanti.
Bestnya dia jadikan CTR!
ReplyDeleteSepanjang berpuasa ni belum berbuka lagi dengan nasi kerabu sebab kedai fav nasi kerabu tutup. Lepas raya nntlah baru makann
ReplyDeleteSedap, nasi kerabu lauk daging goreng kunyit pun. Kalau daging bakar, pun syok juga! Hehe.. Ok sesangat, harga RM7.
ReplyDeletesaya belum jumpa nasi kerabu puasa ni teringin juga nak mencari tapi risau dapat yg tak sedap kalau ke bazar
ReplyDeleteBestnya dapat cuti tanpa record..SA start cuti 20hb..rasa nak tambah cuti lagi tapi macam syg cuti plak..bulan 9 nak kawen...
ReplyDeleteSesekali berbuka sengsorang memang tenang kan..🤭
ReplyDeleteBoleh goyang kaki.
untungla dpt cuti tanpa rekod dan bergaji tetap., hehe
ReplyDeletewaduhnya sedap betul nampak nasi kerabu tu
ReplyDeleteGandingan mantop tu!
ReplyDeleteAda nasi kerabu, kuih akok lagi.... sedap sungguh! Patutlah mambang dah tak jengah LD. Rupanya terus menenggek di sanun.