Assalamualaikum WBT
SEPANJANG dua tahun pandemik melanda seluruh dunia, syukur Sk sekeluarga tidak diduga dengan virus Covid 19. Namun, selepas itu, beberapa kali juga kami diuji dengan demam, batuk dan selsema. Sk dan Iman biasanya cukup dengan ubat yang dibeli di farmasi tapi hari ini Sk terpaksa juga ke klinik bagi mendapatkan Sijil Cuti Sakit, kerana tak larat nak bersesak di jalanraya dalam keadaan bisa satu badan. Kali terakhir Sk berkunjung ke klinik tersebut tiga tahun lepas kot.
Raya awal Sk semalam 😂, teringat dua bekas bubur lambuk dalam peti sejuk dari dua organisasi berlainan, kita kahwinkan dalam satu periuk. Semangkuk bubur lambuk tu dimasak ala kadar, semangkuk lagi penuh rasa rempah dan bertimbun daging. Udang tu, Sk bawa balik udang tak habis makan masa berbuka di
Forest City Golf Resort, ahaks! Rasa berdosa kalau buang udang tu, kebetulan pulak ada cawan kertas kan, kita sumbat dalam cawan tu kemudian masukkan dalam beg, hihi.
Sahur pagi tadi, Pak Inche minta sosej dan telur kuning cair-cair.
Alhamdulillah.. lepas makan ubat, dah rasa sihat sikit, esok bolehlah redah jalanraya yang sesak semula.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan dan dimudahkan urusan.
Udang tu menyerlah warnanya
tk sihat bulan puasa mmg dugaan...smoga cpt sembuh..amboi bubur lambuk tu nmpk udang je trus hehe
ReplyDeleteSemoga cepat sihat, SK. Bisa-bisa badan, memang rasa terseksa.
ReplyDeleteHehe.. pandai tapau dalam beg ye. Itu la kegunaan handbag besar. Kikiki...
minum air masak banyak2 kak..mungkin sebab cuaca juga kot bulan puasa ni panas sungguh
ReplyDeleteistirahat cukup
ReplyDeletemakan yang bergizi
dan minum vitamin
Wow udang tu! Dan semoga lekas sembuh!
ReplyDeleteHarap2 cepat sihatnya
ReplyDelete